Wednesday, June 30, 2010

Minggu Pengurusan Pelajar Baharu Hari Kedua

Hari kedua Minggu Pengurusan Pelajar baru dimulai pada pukul 5.00 pagi dimana mereka perlu bangun awal pagi. Mereka dikehendaki untuk menguruskan diri terlebih dahulu sebelum memulakan sesi kuliah subuh dan solat subuh secara berjemaah. Ini tidak terkecuali bagi mereka yang bukan Islam kerana mereka perlu menguruskan diri seawal jam 6.00 pagi untuk menghadiri kuliah moral. Selesai kuliah subuh mereka dikehendaki untuk bersama-sama menjayakan program senaman pagi yang dikendalikan oleh Safikkin dan Khalidah di Dataran Muafakat. Pada hari ini mereka dikehendaki untuk menguruskan diri mereka dengan kadar dengan segera setelah selesai sarapan pagi kerana tepat pukul 8.00 pagi mereka perlu menghadiri upacara yang penting iaitu Majlis Perasmian Minggu Pengurusan Pelajar Baharu. Majlis ini dihadiri oleh Timbalan Pengarah Institut Perguruan Kampus Pendidikan Teknik iaitu Cik Hjh Rosenah Bt. Mohamed Noor. Ucapan alu-aluan daripada Tn Hj Muaaz Bin Muhammad selaku Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar manakala En. AB. Rahim membaca ucapan selaku wakil Rektor Institut Perguruan Malaysia. Cik Hjh. Rosenah selaku timbalan Pengarah telah merasmikan Minggu Pengurusan Pelajar baharu dengan jayanya. Pada pukul 10.30 pagi, pelajar diberi pendedahan berkaiatan Akta 174 dan peraturan IPKPT oleh Pn. Sabariah manakala taklimat seterusnya dikendalikan oleh Pusat Sumber pada pukul 11.30 hingga 12.30. Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dimulakan pada pukul 2.00 petang setelah pelajar-pelajar selesai solat zohor berjemaah dan makan tengahari. LDK ini dijalankan oleh Dr. Ramlan di astaka IPGKPT sehingga jam 4.00 sebelum mereka berhenti rehat untuk makan petang. Riadah dijalankan di dalam dewan besar IPGKPT memandangkan keadaan yang tidak menginzinkan iaitu hujan lebat di astaka. Slot bersama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) bermula pada pukul 9.10 sehingga 10.30 malam. Antara rasionalnya adalah untuk memperkenalkan dengan lebih mendalam barisan exco-exco yang mana mewakili pelajar dan juga sebagai jambatan yang menghubungkan antara pelajar-pelajar dengan pihak pengurusan pentadbiran. Di samping itu, ia juga untuk menjelaskan tugas-tugas dan tanggungjawab setiap exco di institusi ini.




Tuesday, June 29, 2010

Minggu Pengurusan Pelajar Baharu Hari Pertama

Pada 28 Jun 2010 telah diadakan serentak Pengambilan dan Pendaftaran pelajar baru di seluruh Institusi-istitusi Perguruan Guru seluruh Malaysia. Ini tidak terkecuali oleh Institut Perguruan Kampus Pendidikan Teknik, Kuala Lumpur. Oleh yang demikian, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dibantu oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2010/2011 telah bertungkus-lumus menyususun dan mengendalikan beberapa taklimat dan aktiviti sepanjang Minggu Pengurusan Pelajar Baru. Minggu Pengurusan Pelajar Baru ini diadakan bermula pada 28 Jun 2010 sehingga 2 Julai 2010 dan kursus yang terlibat Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR) dan Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) ambilan Jun 2010. Terdapat 7 kelas KPLSPM iaitu kelas Matematik 1 & 2, Bahasa Inggeris 1 & 2, Sains, Reka Bentuk & Teknologi (RBT) 1 & 2, manakala bagi KPLI-SR hanya terdapat satu kelas sahaja iaitu di bawah Pengkhususan Pra Sekolah. Pendaftaran bermula tepat pukul 8.00 pagi di foyer Dewan Besar IPKPT. Selepas mendaftar, mereka dikehendaki berjumpa dengan mentor masing-masing di dalam dewan untuk menglengkapkan beberapa borang yang penting sambil membuat bayaran kemasukan dan pendaftaran melalui online. Mereka seterusnya perlu menuntut pakaian sukan mereka di koperasi dan bergerak ke kolej kediaman untuk membuat pendaftaran penempatan. Taklimat waris bersama pengurusan pentadbiran bermula pada pukul 11.30 sehingga 12.30. Taklimat ini dikendalikan oleh Tn Hj Muazz Bin Mohamad selaku ketua Pegawai di Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Selesai taklimat beliau majlis mempersilakan Tuan Timbalan pengarah iaitu Cik Hjh Rosenah untuk memperkatakan sepatah dua kata kepada para waris. Simbolik Penyerahan anak waris kepada pihak pengurusan pentadbiran IPKPT disempurnakan oleh Tn Hj Mohd Ithnin Bin Saliman selaku wakil waris. Taklimat pertama bermula pada pukul 2.00 petang yang dikelolakan oleh Tn Hj Muazz Bin Mohamad berkaitan Taklimat Minggu Pengurusan. Riadah bermula pada pukul 5.15 petang setelah para pelajar selesai solat secara berjemaaah di surau. Riadah ini hanya dijalankan di dalam dewan IPKPT sahaja kerana riadah yang pertama adalah Latihan Nyayian. Ini merupakan salah satu persediaan yang dibuat untuk melaksanakan Majlis Perasmian Minggu Pengurusan Pelajar Baru. Para pelajar dibenarkan makan malam tepat jam 6.15 petang dan dikehendaki menguruskan diri untuk persediaan solat magrib secara berjemaah dan kuliah magrib. Kuliah magrib pula disampaikan oleh Tn Hj Zakaria dengan kuliahnya yang bertajuk Adab Sebagai Belajar. Latihan Dalam Latihan (LDK 1) diadakan pada pukul 9.10 malam sehingga 10.30 malam. LDK ini dikelolakan oleh Pn Jumiah Binti Mustaffa dibantu oleh ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar. Tepat jam 10.30 majlis bersurai.















Friday, June 11, 2010

Kediaman Luar Kampus

Perhatian kepada semua guru pelatih IPG Kampus Pendidikan Teknik yang sudah hilang kelayakan untuk tinggal di kolej kediaman, di sini terdapat beberapa orang yang boleh anda hubungi untuk mendapatkan kediaman luar kampus dengan kadar segera.

FLAT
1. TMAN MIDAH RIA 012-2025879 (MR KHOR)
2. CENDANA 017-5736272 (EN. DIN) *PEREMPUAN SAHAJA

APARTMENT & KONDOMINIUM
1. LUMAYAN 013-3308440 (EN. HASRUL)
2. TMN MIDAH 019-2229977 (MR. WEE)
3. VISTA AMANI & DANAU LUMAYAN 017-2323959
4. PRISMA PERDANA 012-6808815 (MDM YAP)
5. PRISMA PERDANA 016-6282828 (MR CHANG)

BILIK UTK DISEWA (PRISMA PERDANA)
1. 016-8980579 (MR SIM)
2. 012-2881080 (MR JACKSON)
3. 012-2849130 (MR LEE)
4. 012-3373345 (MR SEE)
5. 012-3809116 (MR JAMES)
6. 016-2866096 (MR NG)

Segala usaha yang dilakukan oleh guru-guru pelatih didahulukan dengan ucapan Semoga Berjaya dan Terima Kasih.

Hasil Kerjasama EXCO Domestik Dan Perhubungan Luar dan EXCO Sosial Dan Kebajikan JPP IPG Kampus Pendidikan Teknik. Segala persoalan boleh diajukan kepada EXCO yang berkenaan.

Thursday, June 10, 2010

Kursus Kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2010/2011

Pada 6 Jun - 8 Jun 2010, satu kursus kepimpinan bagi ahli JPP 2010/2011 telah dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Pendidikan Teknik Kuala Lumpur . Kursus tersebut bertemakan “Kualiti Menjana Kecemerlangan” dijalankan bagi melatih ahli JPP yang telah dilantik agar dapat menjalankan tugas dengan lebih sempurna dan bersemangat. Kursus kepimpinan itu telah berlangsung selama tiga hari dua malam bertempat di Kem Lata Jarum, Raub, Pahang. Kursus ini dijalankan secara santai dan tidak terlalu padat kerana tarikh tersebut merupakan hari bercuti para pelajar.

Kursus yang diisi dengan aktiviti Teambuilding, ceramah hala tuju dan JPP idaman, ceramah gaya penampilan, bengkel penulisan minit mesyuarat dan macam-macam lagi. Seperti kursus biasa, aktiviti riadah, senaman, perhimpunan pagi tidak dilupakan. Kursus kalai ini membariskan panel penceramah seperti Tn. Hj. Saari bin Zakaria, Ustaz Muaaz bin Muhammad, Pn. Sabariah binti Ismail, Pn. Normala Mohd, Pn Jumiah binti Hj. Mustapa dan En Sabil bin Abd Rani.

Majlis penutup Kursus Kepimpinanan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2010/2011 telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik iaitu Cik Puan Hjh Rosnah bagi merasmikan majlis penutup kursus. Berakhirnya majlis penutup tersebut maka berakhirlah juga kursus kepimpinan JPP 2010/2011. Ucap syukur dipanjatkan kepada Ilahi kerana kursus tersebut telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Segala panduan dan ilmu yang diperolehi akan dipraktikkan kembali apabila kembali menjalankan tugas di IPG Kampus Pendidikan Teknik.








Friday, June 4, 2010

Majlis Istiadat Konvokesyen Kali ke-42

Majlis Istiadat Konvokesyen Kali ke-42 telah berlangsung pada 3 Jun 2010 yang lalu. Majlis yang secara kasarnya dapat mengumpulkan kembali guru-guru pelatih bagi Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR) seramai 150 orang. Istiadat yang bermula pada pukul 8.00 pagi bermula dengan kemasukan waris semua graduan. Majlis diteruskan lagi dengan menunggu ketibaan Dif-dif Kehormat untuk mengambil tempat. Ketibaan Dif-dif kehormat mengiringi bersama cokmar bagi istiadat kali ini. Malis diteruskan dengan nyanyian lagu Patriotik yang didendangkan oleh kumpulan koir IPG Kampus Pendidikan Teknik, di bawah pimpinan Pn. Soon Yean Wah. Majlis diteruskan dengan Penyampaian Sijil Perguruan kepada para graduan. Penyampaian sijil disulami dengan persembahan daripada pasukan Koir IPG Kampus Pendidikan Teknik dan juga Kumpulan Cak Lempong. Majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah kecemerlangan kepada 3 penerima yang berjaya dengan cemerlang dalam bidang masing-masing. Majlis diakhiri dengan perarakan keluar cokmar berserta semua Dif-dif kehormat serta para graduan.

MEMIMPIN ke arah yang lebih baik
AMANAH dalam menggalas tugas dan tanggungjawab
BERKHIDMAT untuk kepentingan bersama

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons