Wednesday, February 24, 2010

Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan JPP sesi 2010/2011

Pada 22 Februari 2010 yang lalu, telah berlangsungnya Majlis Penyamppaian Watikah Pelantikan JPP sesi 2010/2011. Tentatif program dimulakan dengan perarakan masuk ahli JPP sesi 2010/2011 beserta Dif-dif Kehormat. Setelah Dif-dif dan semua ahli JPP mengambil tempat majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh wakil pelajar dari 5-PISMP-Sains. Majlis diteruskan lagi dengan penyerahan watikah perlantikan kepada ahli JPP sesi 2010/2011. Penyerahan watikah perlatikan disampaikan oleh Puan Timbalan Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik Cik Hjh. Rosenah bt Mohd Noor. Ahli JPP kemudiannye menandatangani surat perlantikan dengan disaksikan oleh Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan Pn. Haliza Hamzah dan Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral En. Ilias bin Embong. Selesai menandatangani watikah perlantikan, ahli JPP sesi 2010/2011 kemudiannya mengangkat tangan melafazkan ikrar taat setia melaksanakan tugas yang telah diamanahkan. Bacaan ikrar diketuai oleh Yang Di-Pertua JPP sesi 2010/2011 Saudara Mohd Shazni B. Dasiman. Sebelum bacaan ikrar dimulakan, satu simbolik penyerahan tugas diadakan dengan menjemput Naib Yang Di-Pertua JPP sesi 2009/2010 menyerahkan booklet simbolik tugas kepada yang Di-Pertua sesi 2010/2011. Selesai lafaz ikrar dibaca maka berakhirlah Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan JPP sesi 2010/2011. Dengan itu maka bermulalah tugas JPP IPG Kampus Pendidikan Teknik sesi 2010/2011. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu wajib iaitu Negaraku. Sesi fotografi ahli JPP sesi 2010/2011 diadakan setelah selesai majlis tersebut.

Monday, February 8, 2010

Hari Kebersihan Kuala Lumpur 2010

Bertempat di Tapak Wakaf Jalan Masjid India, telah berlangsung satu aktiviti anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bersama Kementerian Wilayah Persekutuan. Pada 6 Mac 2010 aktiviti Hari Kebersihan Kuala Lumpur telah berlangsung dengan jayanya. Pihak JPP IPG KPT bersama guru-guru pelatih IPG KPT dijemput hadir bagi memeriahkan sama sekaligus bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar Tapak Wakaf Jalan Masjid India. Tentatif bermula dengan bergerak dari IPG KPT dengan bas yang telah disediakan pihak DBKL bersama guru pelatih dari IPG Kampus Ilmu Khas. Walaupun agak lewat bertolak kerana hujan yang turun agak lebat pada pagi itu, semua peserta selamat tiba ke kawasan yang telah ditetapkan. Setibanya di sana, semua peserta diberi sarapan pagi, ketika itu juga peserta program kumpulan diberi untuk menentukan kawasan yang perlu dibersihkan. Pada masa yang sama, YB Dato' Raja Nong Chik Bin Dato' Raja Zainal Abidin sedang menyempurnakan upacara perasmian. Selesai memberi ucapan perasmian, sedikit gimik pelancaran berlangsung. Selasai gimik pelancaran, peserta diarah bergerak kawasan-kawasan yang telah ditetapkan. Guru pelatih dari IPG KPT dan IPG KIK diarahkan membersihkan bazar jualan di Jalan Masjid India. Setelah 2 jam bergotong-royong, semua peserta diminta berkumpul semula di tapak perasmian untuk menamatkan sesi bergotong-royong. Sebelum bertolak pulang, setiap perserta diberikan makan yang telah dibungkus. Program ini disertai dengan jayanya.

Friday, February 5, 2010

Majlis Keraian

Satu majlis keraian telah diadakan pada hari jumaat 5 Februari 2010. Majlis yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar(HEP) IPG KPT dengan bimbingan En. Sabil untuk mengalu-alukan calon-calon pilihanraya yang telah berjaya terpilih atas undian pelajar dan juga untuk meraikan Ahli JPP sesi 09/10. Majlis yang bertempat di dataran muafakat dijalankan dengan serba ringkas. Segala masakan disediakan secara gotong-royong oleh bakal JPP sesi 10/11 dengan bantuan bersama staf-staf Jabatan HEP. Majlis yang berlangsung dalam keadaan separa formal telah dihadiri oleh semua Timbalan Pengarah Cik Hjh. Rosenah bt Mohd Noor, Ketua Jabatan HEP Tn. Hj Muaaz b. Muhammad, Ketua Warden Pn. Normala bt. Mohd, Ketua-ketua Jabatan, staf-staf HEP dan warden-warden berserta keluarga. Walaupun JPP sesi 10/11 masih belum mesyuarat kali pertama, namun kerjasama yang ditunjukkan oleh semua ahli JPP sesi 10/11 sangat baik.

MEMIMPIN ke arah yang lebih baik
AMANAH dalam menggalas tugas dan tanggungjawab
BERKHIDMAT untuk kepentingan bersama

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons