Friday, April 16, 2010

Skuad Jelajah Motivasi 1 Malaysia GPMS Score A 2010

Pada 15 April 2010 yang lalu bertempat di Auditorim Tun Soffian, Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya pelajar IPG Kampus Pendidikan Teknik berpeluang menghadirkan diri dalam satu majlis Berdialog Bersama Menteri Belia dan Sukan, Dato' Ahmad Shabery Cheek. Dalam masa yang sama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia juga Ketua Penasihat Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung(GPMS), Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan Skuad Jelajah Motivasi 1 Malaysia GPMS Score A 2010. Dalam ucapan pelancaran, beliau mahukan lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu seperti Gabungan Peljar Melayu Semenanjung (GPMS) meletakkan soal pendidikan sebagai agenda penting di dalam perjuangan mereka. Dalam majlis yang sama juga, dua tokoh telah dipilih menjadi duta bagi program Skuad Jelajah 1 Malaysia GPMS Score A 2010. Dua pelajar cemerlang Ahmad Harith Zabidi Azahar, 17, dan Nor Habibah Hanan Mohd. Yusuf, 17, yang masing-masing mendapat 15A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 diumumkan sebagai ikon pelajar Melayu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) 2010. Mereka akan menjelajah ke seluruh Malaysia bersama skuad in bagi berkongsi rahsia kejayaan juga beramah mesra dengan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2010.

Sunday, April 4, 2010

Gotong-Royong Perdana 2010

Gotong-royang Perdana 2010 telah diadakan pada 3 April 2010 yang lalu. Gotong-royong perdana yang telah dianjur pihak Kolej Kediaman IPG Kampus Pendidikan Teknik bersama Exco Kolej Kediaman melibatkan semua guru pelatih yang tinggal di dalam kolej kediaman. Dalam aktiviti ini juga, Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur turut bersama membersihkan kawasan IPG Kampus Pendidikan Teknik amnya, dan Kawasan Kolej Kediaman khususnya. Aktiviti bermula dengan semua guru pelatih berkumpul di dataran berhadapan kafe untuk mendengar sedikit taklimat yang diberikan oleh ketua warden Pn. Normala bt. Mohd. Semasa taklimat diberi, Pihak DBKL telah membuat semburan 'fogging' di seluruh kawasan IPG KPT. Kemudian semua guru pelatih pulang semula ke blok masing-masing untuk memulakan tugas yang telah ditentukan oleh ketua blok masing-masing. Pada pukul 10 pagi, gotong royang blok berakhir dan disambung dengan guru-guru pelatih membersihkan, mengemas dan menceriakan bilik masing-masing. Gotong-royong perdana diakhiri dengan sedikit jamuan diberikan kepada semua guru pelatih. Semasa gotong-royang berlangsung juga, terdapat sedikit pameran berkaitan bahaya Denggi yang telah dikendalikan oleh pihak DBKL.

Saturday, February 27, 2010

Forum Integriti Alam Sekitar

Ahli JPP telah dijemput untuk menyertai satu forum iaitu 'Forum Integriti Alam Sekitar'. Forum yang berlangsung pada 25 Februari 2010 bertempat di Institut Integriti, Malaysia Jalan Duta telah membariskan beberapa panel yang hebat. Antara panel-panel yang membuat pembentengan adalah:
  1. Y. Brs. Engr. Gurmit Singh, Pengerusi, Centre for Environment, Technology and Development Malaysian (CETDEM) dengan tajuk To save our planet, is there any hope?: What you can do as an individual?
  2. Y. Bhg Tan Sri Dr. Salleh Mohd. Nor, Presiden Persatuan Pecinta Alam Malaysia dengan tajuk Bumi yang terancam: Apa yang akan diwariskan kepada generasi akan datang?
  3. Cik Ratna Devi Nadarajan, Ketua Pegawai Eksekutif, persatuan Pengguna-pengguna standard Malaysia dengan tajuk Integriti Alam Sekitar: Peranan Pengguna memulihara alam sekitar.
  4. Encik Karam Singh Walia, Pengurus/Assignment Editor, Alam sekitar dan Aduan rakyat TV3.
Forum dipengerusikan oleh moderator Dr. Ir. Shamsudin Haji Abd Latif, Timbalan Ketua Pengarah, jabatan Alam sekitar. Majlis diakhiri dengan pelancaran Kempem Kitar Semula dan Persekitaran Bebas Plastik yang disempurnakan oleh Puan Maya Karin Roeicke, Duta Alam Sekitar, WWF dan Y. Bhg Datuk Dr. Mohd Tap Salleh, Presiden IIM.

MEMIMPIN ke arah yang lebih baik
AMANAH dalam menggalas tugas dan tanggungjawab
BERKHIDMAT untuk kepentingan bersama

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons