Friday, April 30, 2010

Intercollege Day 2010 - Hari Pertama

Selesai sudah acara pertama bagi hari pertama karnival Intercollege Day 2010 iaitu pertandingan nasyid. Pertandingan yang disertai oleh kumpulan-kumpulan yang ditubuhkan berdasarkan kolej kediaman yang terdapat dalam IPG Kampus Pendidikan Teknik iaitu Kolej Tunku Abdul Rahman, Kolej Tun Hussein Onn, Kolej Tun Abdul Razak, Kolej Tun Dr Mahathir dan Kolej Tun Abdullah Ahmad Badawi. Majlis yang diceriakan lagi dengan kehadiran Puan Timbalan Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik, Cik Hjh Rosenah Bt. Haji Mohd Nor, Ketua Jabatan HEP Tuan Haji Muaaz Bin Muhamad, beserta semua warden-warden kolej kediaman IPG Kampus Pendidikan Teknik. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Naqib bin Harun, JPP Islam. Acara diteruskan lagi dengan persembahan daripada kumpulan-kumpulan nasyid. Pelbagai gaya persembahan ditunjukkan oleh setiap kumpulan bagi menarik minat juri yang telah dilantik oleh jawatankuasa pengelola. Juri-juri terdiri daripada Warden Kolej Kediaman Tun Dr Mahathir, En. Mohd Hashim Bin Misron, Warden Kolej Kediaman Tun Abdul Razak, En. Kamaruddin Bin Tahir, Warden Kolej Kediaman Tun Abdullah Ahmad Badawi, Pn. Normah bt Abdul Rahman. Sementara menunggu keputusan diumumkan, majlis dipersembahkan dengan satu persembahan dikir barat yang penuh semangat dengan ahli yang terdiri daripada guru-guru pelatih IPG Kampus Pendidikan Teknik. Selesai persembahan dikir barat, masa yang ditunggu-tunggu semua peserta pun tiba. Dengan iringan Tuan Haji Muaaz Bin Muhamad, Cik Hjh Rosenah menyampaikan hadiah kepada peserta. Keputusan Pertandingan Nasyid Intercollege Day 2010 adalah seperti berikut:-

Tempat

Kumpulan

Pertama

Kolej Tun Hussein Onn

Kedua

Kolej Tun Abd Rahman

Ketiga

Kolej Tun Dr Mahathir

Keempat

Kolej Tun Abdullah Ahmad Badawi

Kelima

Kolej Tun Abdul Razak 2

Keenam

Kolej Tun Abdul Razak 1


Ucapan tahniah kepada pemenang, dan kepada yang kurang berjaya sila mencuba pada pertandingan akan datang.











Monday, April 26, 2010

Intercollege Day 2010

Satu aktiviti anjuran EXCO Kolej Kediaman,bersama Pihak Kolej Kediaman dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar akan diakan berketetapan seperti berikut:

Tarikh: 30 April 2010 - 2 Mei 2010
Masa: 8.00 pagi - 6.oo petang
Tempat: Dewan Besar, Gelanggang Bola Jaring, Gelanggang Bola Tampar, Padang Bola Sepak, Gimnasium.

Aktiviti dengan objektif untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara penghuni kolej kediaman, membentuk penampilan professional yang tinggi serta perilaku terpuji daripada pelbagai, dan mendedahkan pelajar baru tentang aktiviti kolej kediaman serta persekitaran institut.

Dengan itu, semua warga IPG Kampus Pendidikan Teknik amnya dan Pelajar IPG KAmpus Pendidikan Teknik khususnya dijemput hadir bagi memeriahkan lagi acara yang telanh dirancang sekaligus mencapai objektif yang telah dinyatakan.

Tuesday, April 20, 2010

Majlis Jamuan Aprisiasi JPP

Satu majlis meraikan ahli JPP sesi 2009/2010 telah berlangsung bertempat restoran MAEPS pada 19 April 2010. Majlis yang berlangsung dalam suasana semi formal berlangsung dengan meriah. Antara dif-dif kehormat yang hadir dalam Majlis Jamuan Aprisiasi JPP adalah Puan Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik Pn. Hjh Zakiah Bte Idris, Puan Timbalan Pengarah Cik Hjh Rosenah Bte Mohd Noor, dan Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Tn. Hj. Muaaz b. Muhammad. Perjalanan majlis bermula dengan bacaan doa dengan pimpinan saudara Naqib B. Harun, JPP Islam. Majlis diteruskan pula ucapan dari Mantan Yang Di-Pertua JPP sesi 2009/2010 Saudara Taufiq. Dalam ucapannya diselitkan sedikit kata-kata nasihat kepada kepimpinan JPP sesi 2010/2011. Ucapan terima kasih juga di atas penganjuran Majlis Jamuan Aprisiasi JPP. Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Ketua Jabatan HEP Ustaz Muaaz b. Muhammad memberi sepatah dua kata. Dalam ucapan beliau, ucapan ribuan tahniah kepada kepimpinan JPP sesi 2009/2010. Beliau juga memberi amanat kepada JPP sesi 2010/2011 supaya meneruskan legasi apa yang telah dilakukan JPP sesi 2009/2010. Tentatif di teruskan dengan ucapan Puan Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik Pn. Hjh Zakiah Bte Idris memberi ucapan. Dalam ucapan beliau, beliau menyatakan bahawa inilah kali pertama beliau dapat bertemu JPP sesi 2010/2011 kerana pada majlis-majlis sebelum ini beliau tidak dapat menghadirkan diri disebabkan kekangan-kekangna yang tidak dapat dielakkan. Selesai ucapan puan pengarah, majlis diteruskan dengan jamuan. Sewaktu jamuan, sedikit cenderahati disampaikan kepada JPP sesi 2009/2010 oleh Puan Pengarah.

MEMIMPIN ke arah yang lebih baik
AMANAH dalam menggalas tugas dan tanggungjawab
BERKHIDMAT untuk kepentingan bersama

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons