Friday, May 7, 2010

Malam Gema Graduan - IPG Kampus Ilmu Khas


Satu undangan ke Majlis Gema Graduan bertempat di IPG Kampus Ilmu Khas telah diberikan kepada JPP IPG Kampus Pendidikan Teknik. Jemputan untuk menyaksikan Malam Gema Graduan yang telah berlangsung di Astaka IPG Kampus Ilmu Khas pada 6 Mei 2010. IPG KIK juga menjemput pelajar sekolah di sekeliling kawasan IPG KIK untuk hadir bersama memeriahkan majlis malam ini. Pada mulanya majlis terpaksa ditangguhkan kerana cuaca kurang elok, namun pada akhirnya pihak penganjur dapat meneruskan juga acara setelah hujan mula reda. Majlis malam ini dijalankan dengan gaya santai sahaja. Dua orang pengacara bercakap dengan disulami unsur-unsur kecindan. Tentatif dimulakan dengan persembahan nasyid jemputan dari Kolej Politech Mara Cawangan Shamelin. Selesai persembahan, penyampaian sedikit cederahati diberikan kepada kumpulan jemputan. Majlis diteruskan lagi dengan menjemput kumpulan nasyid Islam4All untuk menyampaikan 3 buah lagu. Selesai persembahan dari Islam4All, majlis menjemput pula kumpulan nasyid Farhan menyampaikan 3 buah lagu juga. Selepas itu, tentatif majlis beralih kepada persembahan dikir barat pula. Kehebatan tukang karut sangat dirasai oleh penonton sehingga semua penonton terpukau seketika. Majlis diakhiri dengan persembahan live band. Live band yang memperkenalkan diri sebagai 'Kawan'. Lagu yang dipersembahkan adalah lagu band itu sendiri. Kekuatan band ini terletak pada semua ahli kumpulannya. Majlis yang sangat meriah bertujuan meraikan graduan yang bakal menerima segulung skrol menyatakan kejayaan mereka.




0 comments:

Post a Comment

MEMIMPIN ke arah yang lebih baik
AMANAH dalam menggalas tugas dan tanggungjawab
BERKHIDMAT untuk kepentingan bersama

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons