Pada 23 september 2010 iaitu jatuhnya pada hari khamis, Jabatan Kajian Sosial dengan kerjasama Jawatankuasa Perwqakilan Peljar (JPP) sesi 2010/2011 telah menganjurkan Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan Kali ke 53 peringkat Institut Pendidikan Guru 2010. Bertempat di Dewan Besar Kampus Pendidikan Teknik Kuala Lumpur, majlis diadakan dengan penuh meriah. Majlis bermula pada pukil 11.30 pagi dengan perarakan masuk Pengarah IP Kampus Pendidikan Teknik iaitu Tuan Haji Roslan Bin Abd Hamid didiringi oleh Timbalan Pengarah iaitu Cik Hajah Rosenah Binti Mohamed Noor bersama-sama semua ketua jabatan dan para pensyarah. Bacaan doa disempurnakan...