UCAPAN TIM. PENGARAH IPG KPT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, setinggi – tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya  redaksi di bawah Exco Penerbitan dan Pendidikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) telah berjaya menghasilkan Warta Kampus untuk kali ke – 2 yang mana diusahakan oleh pelajar sendiri. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada sidang redaksi Warta Kampus ini kerana telah berjaya mengumpul dan mendokumentasikan peristiwa – peristiwa yang berlaku sepanjang setengah tahun ini.

Saya dimaklumkan bahawa sidang redaksi ini telah juga mewujudkan blog dan laman facebook Jawatankuasa Perwakilan Pelajar. Saya percaya kejayaan menghasilkan Warta Kampus, blog dan laman facebook ini adalah hasil kerjasama dan permuafakatan serta interaksi yang dijalinkan antara pihak pentadbir, pensyarah dan guru pelatih.

Diharapkan ketiga-tiga kemudahan ini dapat menjadi sumber yang amat membantu dan berguna kepada semua warga institut. Peluang dan ruang untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu harus diberi tumpuan sewajarnya. Negara memerlukan pemimpin masa depan yang bukan sahaja berkaliber dan mampu mendokumentasi secara lisan atau tulisan dengan baik tetapi juga boleh bekerjasama dengan orang lain untuk mencapai matlamat yang dihasratkan.

Dengan kewujudan Warta Kampus ini segala aktiviti yang telah dilaksanakan dapat dirakamkan dan didokumentasikan untuk tatapan semua warga institut dan masyarakat luar amnya. Hal ini kerana Warta Kampus merupakan satu wadah intelek yang tidak harus dipandang ringan, sebaliknya usaha ini mesti disokong dan diteruskan.

Akhir kata, dengan kewujudan Warta Kampus dan kemudahan laman sesawang seperti blog dan facebook berupaya menunjukkan betapa kentalnya kita untuk memartabatkan profesion perguruan selaras dengan arus pemodenan marcapada ini. 

“Together we strive for the best and together everyone achieves more”
One for all and all for one—1 Malaysia, 1 Institue.


Cik Hjh Rosenah Bte Mohd Noor
Timbalan Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik,
Kuala Lumpur.

MEMIMPIN ke arah yang lebih baik
AMANAH dalam menggalas tugas dan tanggungjawab
BERKHIDMAT untuk kepentingan bersama

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons