Friday, September 24, 2010

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan

Pada 23 september 2010 iaitu jatuhnya pada hari khamis, Jabatan Kajian Sosial dengan kerjasama Jawatankuasa Perwqakilan Peljar (JPP) sesi 2010/2011 telah menganjurkan Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan Kali ke 53 peringkat Institut Pendidikan Guru 2010. Bertempat di Dewan Besar Kampus Pendidikan Teknik Kuala Lumpur, majlis diadakan dengan penuh meriah. Majlis bermula pada pukil 11.30 pagi dengan perarakan masuk Pengarah IP Kampus Pendidikan Teknik iaitu Tuan Haji Roslan Bin Abd Hamid didiringi oleh Timbalan Pengarah iaitu Cik Hajah Rosenah Binti Mohamed Noor bersama-sama semua ketua jabatan dan para pensyarah. Bacaan doa disempurnakan oleh Saudara Naqib Bin Harun manakala bacaan Ikar Rukun Negara disampaikan oleh Saiful Amirul Bin Latif selaku wakil pelajar IPKPT. Majlis diserikan dengan nyayian 2 buah lagu iaitu Negaraku dan Berusaha dan Berbakti. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Pengarah IP Kampus Pendidikan Teknik iaitu Tuan Haji Roslan Bin Abd Hamid dan seterusnya merasmikan penutupan sambutan bulan kemerdekaan tahun 2010 ini. Majlis diserikan lagi dengan persembahan nyayian lagu patriotik yang dipersembahkan oleh Mohamad Ikwan Fahmi Bin Zani dengan lagunya yang bertajuk bahtera Merdeka. Selepas itu, majlis diceriakan dengan persembahan pentomen dari kumpulan 4 PISMP Matematik 1 dengan tajuknya Retaknya Kota Melaka. Setelah selesai persembahan pentomen, persemabahan mendeklamasikan sajak dijayakan oleh Saudari Nurul Najwa Binti zainal Abidin yang bertajuk Percakapan Kepada Yang Setia. Persembahan pentomen disambung semula dan Kumpulan PISMP RBT 2 pula diberi penghargaan untuk menjayakan persembahan tersebut. Kedua-dua persembahan begitu menarik perhatian semua yang hadir kerana kehebatan mereka dalam menyampaikan mesej yang tersirat dalam persembahan pentomen selain mempunyai bakat seni dan semangat patriotic yang tinggi. Nyayian lagu Jalur Gemilang dan Satu Malaysia dijayakan oleh Kumpulan Koir dari kumpulan 1 PPISMP semesta 1 yang digarap sepenuhnya oleh Puan Soon Yean Wan, pensyarah dari Jabatan Kajian Sosial. Penyampaian hadiah disempunakan oleh Tuan pengarah diirngi oleh Ketua jabatn Kajian Sosial iaitu Tuan Haji Yahya Bin panot. Terdapat 3 kategori yang dipertandingkan iaitu Penulisan esei, pertandingan membuat Banner dan Persembahan pentomen. Tempat ketiga bagi pertandingan menulis esei jatuh kepada Bandly Roy Banimus, tempat kedua pula ialah Muhamad Amar Safuan dan tempat pertama ialah Aaron Wong Chun ziang. Pertandingan Banner Tercantik pula jatuh kepada kumpulan 3 PPISMP Pemulihan Bahasa Melayu. Bagi persembahan pentomen, tempat ketiga dimenangi oleh 4 PISMP Sains 2, tempat kedua pula ialah dari kumpuan 4 PISMP Matematik 1 dan juara ialah kumpuan 4 PISMP RBT 2. Selesai upacara penyampaian hadiah, simbolik majlis penutup selaku upacara kemuncak majlis penutupan bulan kemerdekaan. Tuan pengarah diminta untuk naik ke pentas untuk menyempurnakan simbolik kemerdekaan dan juga penyerahan bendera dari Tuan pengarah kepada Ketua Komanden Unit Beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah iaitu Saudara Shafiq. Cenderamata disampaikan oleh Ketua Jabatan kajian Sosial kepada Tuan Pengarah dan majlis bersurai pada pukul 1.00 tengahari.


















MEMIMPIN ke arah yang lebih baik
AMANAH dalam menggalas tugas dan tanggungjawab
BERKHIDMAT untuk kepentingan bersama

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons