LOGO

LOGO BAHARU JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR IPGM KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
SESI 2011/2012



Barisan segi empat tepat diatas huruf ‘J’ melambangkan pucuk kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang terdiri daripada 7 Ahli Majlis Tertinggi yang mana mentadbir dan menguruskan jawatankuasa dengan sebaik mungkin. Barisan Ahli Majlis tertinggi terdiri daripada Yang Di-Pertua, Naib Yang Di-Pertua I dan II, Setiausaha Kehormat, Naib Setiausaha Kehormat, Bendahari dan Naib Bendahari Kehormat.

Perkataan ‘JPP’ yang berpadu dengan lambang IPGM membuktikan bahawa pihak Jawatankuasa Perwakilan Pelajar merupakan satu medium yang mewakili perhubungan antara pihak guru pelatih dengan pihak pentadbiran Intitut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik.

Lambang IPGM yang ditonjolkan menunjukkan bahawa Jawatankuasa Perwakilan Pelajar berada di bawah naungan pentadbiran IPG yang mana bersama-sama berganding bahu melangkah menuju ke arah kecemerlangan dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG).

Perkataan ‘Kampus Pendidikan Teknik’ yang tertera dibawah perkataan ‘JPP’ membuktikan bahawa barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar akan sentiasa berdiri bersama-sama barisan guru pelatih Kampus Pendidikan Teknik yang terdiri daripada pelbagai jenis kaum, bangsa dan agama dalam menggarap misi dan visi IPG.

Memimpin, amanah dan bekhidmat merupakan moto pegangan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang mana barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar akan cuba sedaya upaya untuk MEMIMPIN kearah kesejahteraan, AMANAH dalam menggalas tugas dan tanggungjawab serta BERKHIDMAT demi kepentingan bersama.

Warna biru yang digunakan melambangkan kesatuan dan kesepakatan antara semua warga IPGM Kampus Pendidikan Teknik dibawah satu nama iaitu Institut Pendidikan Guru Malaysia.

MEMIMPIN ke arah yang lebih baik
AMANAH dalam menggalas tugas dan tanggungjawab
BERKHIDMAT untuk kepentingan bersama

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons