Wednesday, June 2, 2010

Raptai Majlis Istiadat Konvokesyen Yang ke-42

Pada 2 Jun 2010 juga telah berlangsungnya raptai majlis konvokesyen bagi graduan KPLI SR 2009. Raptai yang dilangsungkan di dewan besar IPG KPT pada pukul 10.30 dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik, Cik Hjh Rosenah Bte Mohd Noor berkaitan tentatif dan tugasan bagi setiap orang yang terlibat. Pada hari ini, hampir semua pensyarah, pasukan koir IPG KPT, kumpulan caklempong, ahli JPP serta guru-guru pelatih terlibat menjayakan raptai istiadat konvosyen. Walaupun terdapat pengulangan dan selingan cadangan semasa raptai berlangsung, pada akhirnya raptai berjaya dilangsungkan dengan jayanya.




















Hari Terbuka dan Silaturahim Kolej Kediaman

Pada 2 Jun 2010, telah berlangsungnya hari terbuka dan silaturahim Kolej Kediaman IPG Kampus Pendidikan Teknik, Kuala Lumpur. Program yang bermula pada pukul 8.30 pagi bertempat di semua kolej kediaman. Pada umumnya, hari terbuka membolehkan guru-guru pelatih melawat bilik kolej kediaman guru pelatih lain. Dalam masa yang sama, bilik-bilik ini dinilai oleh mentor-mentor dan para pensyarah bagi menentukan dan mencari bilik terbersih. Sebelum penilaian, guru-guru pelatih perlu membersihkan dan mengemas bilik masing. Penilaian berlangsung dari pukul 8.30 pagi sehingga 10.30 pagi.




























Tuesday, June 1, 2010

Gotong-Royong Sempena Hari Guru 2010

Pada 1 Jun 2010 telah berlangsungnya Program Gotong-Royong Kolej Kediaman Bersempena dengan Sambutan Hari Guru. Gotong-roroyng yang bertujuan untuk mewujudkan suatu suasana yang kondusif dan bersih di kawasan kolej kediaman berlangsung dari 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Selain itu, program ini juga sebahagian daripada Program yang akan berlangsung keesokan harinya iaitu Hari Terbuka dan Silaturahim Kolej Kediaman. Program yang diinspirasikan oleh Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik, Pn. Hjh Zakiyah Bte Idris. Dalam program ini semua penghuni kolej kediaman terlibat membersihkan dan memastikan kekemasan blok kolej kediaman masing-masing. Ketua blok kolej kediaman masing-masing memastikan semua penguhuni bertugas dalam gotong-royong ini.







MEMIMPIN ke arah yang lebih baik
AMANAH dalam menggalas tugas dan tanggungjawab
BERKHIDMAT untuk kepentingan bersama

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons