Wednesday, December 29, 2010

Senarai Penempatan Kolej Kediaman IPG Kampus Pendidikan Teknik 2011

Senarai nama bagi penempatan kolej kediaman boleh dimuat turun dengan klik pada nama blok kolej kediaman masing-masing.

PESANAN PENTING DARI PIHAK PENGURUSAN KOLEJ KEDIAMAN

Wednesday, October 27, 2010

Jadual Peperiksaan November 2010

Peringatan Ringkas Sebelum Melangkah Ke Dalam Dewan Peperiksaan:
  • Memastikan masa dan subjek pada hari yang betul.
  • Berpakaian formal ketika menduduki peperiksaan.
  • Membawa kad pengenalan dan kad matrik semasa menduduki peperiksaan.
  • Membawa alat tulis atau perkakasan secukupnya.
  • Menjaga etika seorang guru pelatih semasa menduduki peperiksaan.


Sunday, October 24, 2010

Bakti Siswa 2010 - Hari Pertama

Pada 18 hingga 21 Oktober 2010 yang lalu, dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), satu Program bakti Siswa Jawatankuasa Perwakilan Pelajar ke Kampung Pantai Suri di Tumpat, Kelantan telah diadakan. Antara objektif penting Program Bakti Siswa pada kali ini ialah untuk memperkenalkan dan mendedahkan budaya hidup masyarakat luar Bandar kepada guru pelatih dan memberi peluang kepada guru pelatih untuk melatih diri dalam berorganisasi dan juga menguruskan aktiviti luar dengan berjaya. Para pensyarah yang turut bersama ialah Dr. Hj. Ramlan Hamzah, Puan Sabariah Ismail, Puan Munirah Hanafi, dan juga Encik Ahmad Hasdinizam b. Derani.
Bas bertolak kira-kira jam 9.00 pagi. Perjalanan dimulai dengan bacaan doa dan diteruskan sehingga berhampiran Genting Sempah bagi makan pagi. Kemudian, perjalanan diteruskan sehingga tiba di Merapung di mana kami berhenti untuk solat dan mengisi perut yang sudah mula kelaparan. Pada jam 3.00 petang, kesemua peserta program kembali mengambil tempat masing-masing di dalam bas bagi menuju ke penginapan pada hari ini iaitu di sebuah penginapan di Ketereh, Kelantan. Pada malamnya, dengan niat ingin bersiar-siar di tempat baru dan bagi mengelakkan kebosanan, kesemua peserta bersetuju untuk makan malam serta membeli belah di Wakaf Che Yeh yang merupakan sebuah tempat yang popular dan sering dikunjungi sekiranya menjejakkan kaki ke negeri Che Siti Wan Kembang ini. Ramai yang mengambil kesempatan ini untuk membeli hadiah bagi ibu dan ayah angkat masing-masing.
Tepat jam 11.00 malam, bas bergerak pulang ke penginapan memandangkan kesemua peserta sudah keletihan. Esok hari akan menjadi hari yang lebih mencabar.




MEMIMPIN ke arah yang lebih baik
AMANAH dalam menggalas tugas dan tanggungjawab
BERKHIDMAT untuk kepentingan bersama

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons