Monday, February 8, 2010

Hari Kebersihan Kuala Lumpur 2010

Bertempat di Tapak Wakaf Jalan Masjid India, telah berlangsung satu aktiviti anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bersama Kementerian Wilayah Persekutuan. Pada 6 Mac 2010 aktiviti Hari Kebersihan Kuala Lumpur telah berlangsung dengan jayanya. Pihak JPP IPG KPT bersama guru-guru pelatih IPG KPT dijemput hadir bagi memeriahkan sama sekaligus bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar Tapak Wakaf Jalan Masjid India. Tentatif bermula dengan bergerak dari IPG KPT dengan bas yang telah disediakan pihak DBKL bersama guru pelatih dari IPG Kampus Ilmu Khas. Walaupun agak lewat bertolak kerana hujan yang turun agak lebat pada pagi itu, semua peserta selamat tiba ke kawasan yang telah ditetapkan. Setibanya di sana, semua peserta diberi sarapan pagi, ketika itu juga peserta program kumpulan diberi untuk menentukan kawasan yang perlu dibersihkan. Pada masa yang sama, YB Dato' Raja Nong Chik Bin Dato' Raja Zainal Abidin sedang menyempurnakan upacara perasmian. Selesai memberi ucapan perasmian, sedikit gimik pelancaran berlangsung. Selasai gimik pelancaran, peserta diarah bergerak kawasan-kawasan yang telah ditetapkan. Guru pelatih dari IPG KPT dan IPG KIK diarahkan membersihkan bazar jualan di Jalan Masjid India. Setelah 2 jam bergotong-royong, semua peserta diminta berkumpul semula di tapak perasmian untuk menamatkan sesi bergotong-royong. Sebelum bertolak pulang, setiap perserta diberikan makan yang telah dibungkus. Program ini disertai dengan jayanya.

0 comments:

Post a Comment

MEMIMPIN ke arah yang lebih baik
AMANAH dalam menggalas tugas dan tanggungjawab
BERKHIDMAT untuk kepentingan bersama

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons