Tuesday, April 20, 2010

Majlis Jamuan Aprisiasi JPP

Satu majlis meraikan ahli JPP sesi 2009/2010 telah berlangsung bertempat restoran MAEPS pada 19 April 2010. Majlis yang berlangsung dalam suasana semi formal berlangsung dengan meriah. Antara dif-dif kehormat yang hadir dalam Majlis Jamuan Aprisiasi JPP adalah Puan Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik Pn. Hjh Zakiah Bte Idris, Puan Timbalan Pengarah Cik Hjh Rosenah Bte Mohd Noor, dan Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Tn. Hj. Muaaz b. Muhammad. Perjalanan majlis bermula dengan bacaan doa dengan pimpinan saudara Naqib B. Harun, JPP Islam. Majlis diteruskan pula ucapan dari Mantan Yang Di-Pertua JPP sesi 2009/2010 Saudara Taufiq. Dalam ucapannya diselitkan sedikit kata-kata nasihat kepada kepimpinan JPP sesi 2010/2011. Ucapan terima kasih juga di atas penganjuran Majlis Jamuan Aprisiasi JPP. Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Ketua Jabatan HEP Ustaz Muaaz b. Muhammad memberi sepatah dua kata. Dalam ucapan beliau, ucapan ribuan tahniah kepada kepimpinan JPP sesi 2009/2010. Beliau juga memberi amanat kepada JPP sesi 2010/2011 supaya meneruskan legasi apa yang telah dilakukan JPP sesi 2009/2010. Tentatif di teruskan dengan ucapan Puan Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik Pn. Hjh Zakiah Bte Idris memberi ucapan. Dalam ucapan beliau, beliau menyatakan bahawa inilah kali pertama beliau dapat bertemu JPP sesi 2010/2011 kerana pada majlis-majlis sebelum ini beliau tidak dapat menghadirkan diri disebabkan kekangan-kekangna yang tidak dapat dielakkan. Selesai ucapan puan pengarah, majlis diteruskan dengan jamuan. Sewaktu jamuan, sedikit cenderahati disampaikan kepada JPP sesi 2009/2010 oleh Puan Pengarah.

0 comments:

Post a Comment

MEMIMPIN ke arah yang lebih baik
AMANAH dalam menggalas tugas dan tanggungjawab
BERKHIDMAT untuk kepentingan bersama

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons