Friday, April 16, 2010

Skuad Jelajah Motivasi 1 Malaysia GPMS Score A 2010

Pada 15 April 2010 yang lalu bertempat di Auditorim Tun Soffian, Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya pelajar IPG Kampus Pendidikan Teknik berpeluang menghadirkan diri dalam satu majlis Berdialog Bersama Menteri Belia dan Sukan, Dato' Ahmad Shabery Cheek. Dalam masa yang sama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia juga Ketua Penasihat Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung(GPMS), Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan Skuad Jelajah Motivasi 1 Malaysia GPMS Score A 2010. Dalam ucapan pelancaran, beliau mahukan lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu seperti Gabungan Peljar Melayu Semenanjung (GPMS) meletakkan soal pendidikan sebagai agenda penting di dalam perjuangan mereka. Dalam majlis yang sama juga, dua tokoh telah dipilih menjadi duta bagi program Skuad Jelajah 1 Malaysia GPMS Score A 2010. Dua pelajar cemerlang Ahmad Harith Zabidi Azahar, 17, dan Nor Habibah Hanan Mohd. Yusuf, 17, yang masing-masing mendapat 15A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 diumumkan sebagai ikon pelajar Melayu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) 2010. Mereka akan menjelajah ke seluruh Malaysia bersama skuad in bagi berkongsi rahsia kejayaan juga beramah mesra dengan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2010.

0 comments:

Post a Comment

MEMIMPIN ke arah yang lebih baik
AMANAH dalam menggalas tugas dan tanggungjawab
BERKHIDMAT untuk kepentingan bersama

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons