Pada hari ini, 2 Mei 2010 berlangsungnya hari yang hari terakhir untuk karnival Intercollege Day 2010 yang mana bertempat di astaka IPG Kampus Pendidikan Teknik, Kuala Lumpur. Pada 1 Mei 2010, pihak penganjur telah pun melaksanakan pertandingan di peringkat saringan, maka pada hari ini pertandingan diteruskan untuk menentukan tempat pertama sehingga tempat ketiga. Pertandingan yang sama dipertandingkan adalah Bola Sepak, Bola Tampar, Badminton dan Bola Jaring. Semua acara dimulakan serentak pada pukul 8.30 pagi ditempat yang telah ditetapkan sebelum ini. Perjalanan semua pertandingan begitu menarik sekali apabila pasukan masing-masing yang mewakili kelima-lima kolej kediaman menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. Pertandingan diteruskan sehingga pukul 11.30. Tepat jam 12 tengahari, Majlis Penutup diadakan dengan menjemput semua peserta, penonton dan warden kolej kediaman untuk sama-sama berkumpul di astaka IPG Kampus Pendidikan Teknik. Majlis penutup telah dirasmikan oleh Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Tn Hj Muaaz Bin Muhammad selepas pengumuman secara rasmi pemenang bagi setiap pertandingan yang dipertandingkan. Bagi tempat pertama dalam pertandingan bola tampar lelaki disandang oleh Kolej Kediaman Tunku Abdul Rahman 3 manakala bola tampar bagi kategori perempuan disandang oleh Kolej kediaman Tun Mahathir 1. Acara bola sepak dimenangi oleh Kolej kediaman Tunku Abdul Rahman 1 manakala acara Bola jaring dimenangi oleh Kolej kediaman Tun Mahathir 3. Tempat pertama acara badminton perseorangan dan beregu kategori lelaki pula masing-masing dimenangi oleh Daini Jinais (Kolej Kediaman Tun Hussein Onn) dan pasangan regu dari kolej kediaman Tunku Abdul Rahman. Tempat pertama acara badminton perseorangan dan beregu wanita pula disandang oleh Enli Norasila Alias yang mewakili Kolej kediaman Tun Abdul Razak dan pasangan regu dari kolej kediaman Tun Abdullah Ahmad Badawi. Hadiah disampai oleh warden-warden Kolej Kediaman antaranya En Hashim Bin Misron, En Kamaruddin Bin Tahir, En. Rohaizat Bin Agil, Pn. Normala bt. Mohd, En. Mohamed Sabil b. Abdoll Rani, dan Tn Hj Muaaz Bin Muhammad . Selain mengumumkan hadiah bagi tempat pertama hingga tempat ketiga, majlis juga memberi penghargaan kepada kolej kediaman yang menghantar penyertaan terbanyak yang dirangkul oleh Kolej kediaman Tun Hussein Onn. Juara Keseluruhan bagi Intercollege Day 2010 disandang oleh Kolej kediaman Tun Hussien Onn. Gerai Jualan Terbaik juga diberikan oleh jawatankuasa pengelola kepada Saudara Taufiq Amirullah yang mewakili gerai beliau. Sebelum bersurai, acara penutup juga diserikan lagi dengan persembahan Indie Band daripada pelajar Kumpulan pelajar 1 PISMP RBT yang membawa 3 buah lagu iaitu Dugaannya, Generasiku dan Through My Window. Kepada peserta atau kumpulan yang kalah diharap jangan berputus-asa dan cuba lagi tahun depan ya!!
Senarai penuh pemenang bagi setiap acara yang dipertandingkan adalah seperti berikut:
Pertandingan/Acara
Tempat Pertama
Tempat Kedua
Tempat Ketiga
Bola Tampar (L)
Kolej Kediaman
Tunku AbdulRahman 3
Kolej Kediaman
Tun Hussein Onn 1
Kolej Kediaman
Tun Hussein Onn 4
Bola Tampar (P)
Kolej Kediaman
Tun Mahathir 1
Kolej Kediaman
Tun Mahathir
Kolej Kediaman
Tun Abdullah 1
Bola Sepak
Kolej Kediaman Tunku AbdulRahman 1
Kolej Kediaman Tun Hussein Onn 4
Kolej Kediaman
Tun Hussein Onn 1
Bola Jaring
Kolej Kediaman
Tun Mahathir 3
Kolej Kediaman
Tun Mahathir 1
Kolej Kediaman
Tun Abdullah 2
Badminton
Perseorangan (L)
Kolej Kediaman
Tun Hussein Onn
Kolej Kediaman
Tun Hussein Onn
Kolej Kediaman
Tunku AbdulRahman
Badminton
Perseorangan (P)
Kolej Kediaman
Tun Abdul Razak
Kolej Kediaman
Tun Abdul Razak
Kolej Kediaman
Tun Abdul Razak
Badminton
Beregu (L)
Kolej Kediaman
Tunku AbdulRahman
Kolej Kediaman
Tun Hussein Onn
Kolej Kediaman
Tunku AbdulRahman
Badminton
Beregu (P)
Kolej Kediaman
Tun Abdullah
Kolej Kediaman
Tun Mahathir
Kolej Kediaman
Tun Abdullah
0
comments:
Post a Comment
MEMIMPINke arah yang lebih baik AMANAHdalam menggalas tugas dan tanggungjawab BERKHIDMATuntuk kepentingan bersama
0 comments:
Post a Comment