Hari ini merupakan hari kedua untuk karnival Intercollege Day 2010. Walaupun sudah hari kedua, namun hari ini merupakan hari pertama bagi acara sukan. Pengisisn hari pertama hanyalah dengan pertandingan nasyid pada sebelah malam. Perjalanan program hari ini bermula dengan pendaftaran semua pelajar dan juga pendaftaran mengikut acara-acara yang para pelajar sertai. Seterusnya, pelajar berkumpul di padang berhadapan astaka untuk memulakan program dengan nyanyian lima buah lagu. Sebelum itu, bacaan doa dipimpin oleh saudara Farhan, EXCO Perhubungan Luar. Venue pertandingan hanya melibatkan gimnasium dan padang IPG Kampus Pendidikan Teknik. Pertandingan badminton single dan beregu bagi lelaki dan perempuan berlangsung di venue gimnasium. Bagi acara bola jaring berlangsung di gelanggang bola jaring, bola tampar lelaki dan perempuan berlangsung di gelanggang bola tampar, manakala pertandngan bola sepak berlangsung di padang bola. Hari ini semua pertandingan melangsungkan peringkat saringan. Semua peserta akan disenarai pendek untuk memasuki peringkat separuh akhir yang berlangsung esok hari. Kepada yang berjaya selamat bertanding, kepada yang kurang berjaya cuba lagi lain kal
i.


Saturday, May 1, 2010
MEMIMPIN ke arah yang lebih baik
AMANAH dalam menggalas tugas dan tanggungjawab
BERKHIDMAT untuk kepentingan bersama

8:00 PM
admin (arif anwar)

GRATISAN MUSIK
0 comments:
Post a Comment