Thursday, May 13, 2010

Kongres Integriti Pemimpin Mahasiswa 2010

PICC - Pada 11 Mei 2010 telah berlangsungnyaKongres integriti Pemimpin Mahasiswa 2010. Kongres yang berjaya mengumpulkan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar atau Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dari Institut Pengajian Tinggi Awam(IPTA), Politeknik, dan IPG seluruh Malaysia di bawah satu bumbung bagi membincangkan isu-isu integriti di kalangan mahasiswa. Untuk pengetahuan, kongres ini adalah julung-julung kalinya diadakan yang mengumpulkan hampir 1000 orang mahasiswa yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin Majlis Perwakilan Pelajar, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar atau persatuan-persatuan yang terdapat dalam institusi-institusi pendidikan. Tentatif dimulakna dengan ketibaan semua wakil mahasiswa dari seluruh Malaysia dan jamuan sarapan pagi diberi sebelum memulakan program. Majlis diteruskan ceramah khas oleh Prof. Dato' Ir. Dr. Zaini bin Ujong, Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia dengan membawa tajuk "Budaya Integriti dan Idealisme Mahasiswa". Program diteruksn lagi dengan menjemput dua orang ahli panel bagi membentangkan tajuk "integriti Pemimpin Mahasiswa: Merealisasikan Harapan 1Malaysia Berintegriti". Dua panelis tersebut adalh Prof. Madya Dr. Asyraf Wajdi Dasuki Dato' Hj. Dasuki, Ketua Pengurusan Penyelidikan ISRA dan Yang Berusaha Dr. Sarjit Singh, Felow Utama Institut Penyelidikan Belia Negara (UPM). Dalam pembentangan Prof. Madya Dr. Asyraf, antara isi yang disebut adalah kunci kejayaan yang perlu ada misi yang jelas, perhubungan yang baik, serta kesukarelaan. dalam pembentangan Dr. Sarjit Singh beliau menyentuh bahawa mahasiswa kini kurang bersuara berkaitan masyarakat sekeliling tapi lebih mementingkan isu dalaman yang mereka hadapi. Selesai pementangan oleh dua panel ini, program diteruskan dengan pembahagian semua wakil mahasiswa kepada 4 kumpulan kecil. Kumpulan-kumpulan ini diberi tajuk-tajuk berbeza dan perlu berbincang bagi mewujudkan resolusi-resolusi berdasarkan tajuk yang diberi. 4 tajuk yang dibincangkan adalah 'Strategi Memperkasa Integriti Mahasiswa', 'Pembinaan Sahsiah & Budaya Kecemerlangan Dalam Kalangan Mahasiswa', '1Malaysia Berintegriti: Peranan Mahasiswa', 'Integrasi Nasional: Peranan Mahasiswa'. Setelah perbincangan, setiap kumpulan menghasilkan antara 10-20 resolusi awal. Majlis berhenti rehat setelah selesai resolusi dibentang oleh 4 orang wakil kumpulan.Setelah selesai rehat, majlis beralih kepada Majlis Bersama Y.B. Menteri Pengajian Tinggi. Majlis turut dihadiri Y.Bhg Tan Sri Mohd. Sidek Haji Hassan, Pengerusi IIM, Y.Bhg Datuk Dr. Zulkefli bin A.Hassan, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi dan Y.B Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi. Dalam ucap utama Y.B Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin,beliau menyentuh bahawa integriti bukan satu pilihan namun ianya adalah satu kewajipan kepada setiap mahasiswa. Selesai ucap utama, beliau menyempurnakan upacara pelancaran Rakan Integriti Mahasiswa (RIM). Majlis diteruskan dengan penyerahan Resolusi Kongres oleh wakil mahasiswa kepada Y.B Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin. Kongrese mengariskan 12 resolusi mengikut 4 tajuk yang dibincangkan. Selesai penyerahan, semua hadirin mengangkat tangan melafazkan ikrar Integriti Malaysia. Majlis bersurai setelah dif-dif kehormat meninggalkan majlis.









0 comments:

Post a Comment

MEMIMPIN ke arah yang lebih baik
AMANAH dalam menggalas tugas dan tanggungjawab
BERKHIDMAT untuk kepentingan bersama

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons