Thursday, May 13, 2010

Majlis Penutupan Simulasi MQA

Bertempat di dewan kuliah IPG Kampus Pendidikan Teknik. Majlis yang bermula pada pukul 2.30 petang menghimpunkan pensyarah-pensyarah yang telah dinilai bagi menyempurnakan penilaian Agensi Kelayakan Malaysia/Malaysian Qualifications Agency (MQA). Tentatif bermula dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Ilias Bin Embong. Majlis diteruskan dengan pembentangan penilaian yang telah dibuat oleh Panel Reka Bentuk dan Teknologi, En Ishak Bin Limat. Selesai pembentangan, En Ishak Bin Limat menyampaikan hasil dapatan kepada Pn. Hjh Zakiah Bt. Idris, Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik. Seterusnya Datin Che Balkis Ismail, Panel Penilai Sains. Selesai pembentangan, dijemput pula Pn. Haliza Hamzah, Panel Penilai Matematik. Di akhir pembentangan Setiap panel penilai menyerahkan hasil kepada Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik. Hasil dapatan semua panel penilai menyatakan bahawa terdapat kekuatan yang boleh dikekalkan namun masih ada lagi kekurangan yang perlu ditingkatkan bagi memenuhi kehendak MQA. Majlis beralih pula kepada ucapan pengarah. Dalam ucapan beliau, beliau menyatakan rasa puas hati beliau. Namun beliau merasakan ini hanyalah penilaian dalaman, jika panel dari MQA yang menilai, kemungkinan keputusan penilaian mungkin berubah. Selesai ucapan pengarah, majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada panel-panel penilai. Majlis bersurai pada pukul 5.30 petang.










0 comments:

Post a Comment

MEMIMPIN ke arah yang lebih baik
AMANAH dalam menggalas tugas dan tanggungjawab
BERKHIDMAT untuk kepentingan bersama

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons