Friday, May 7, 2010

Wacana Ilmu & Perhimpunan Mingguan - Professional Keguruan


Pada 6 Mei 2010, telah berlangsungnya Wacana Ilmu sekali gus Perhimpunan Bulanan bagi bulan Mei di Dewan Besar IPG Kampus Pendidikan Teknik Kuala Lumpur. Wacana Ilmu yang telah dikelolakan oleh Jabatan Pengajian Perdagangan dengan kerjasama guru pelatih dari Kumpulan 3 PISMP RBT 3 (Ambilan Januari 2009) Bejaya dianjur dengan meriah. Pihak Pengelola memilih tajuk Professional Keguruan bagi majlis kali ini. Wacana ilmu yang dimulakan dengan ketibaan dif kehormat, En Munizar bersama Penceramah jemputan Prof. Madya Dr. Mohamed Fadzil Che Din diriingi Dr. Faizah Md Ghazali, Ketua Jabatan Pengajian Perdagangan dan En. Ab Rahim b. Md Yasin, Ketua Jabatan Pengajian Melayu. Setelah dif-dif mengambil tempat begitu juga pensyarah-pensyarah, majlis diteruskan dengan bacaan doa. Selesai bacaan doa, semua hadirin bangun untuk menyanyikan beberapa buah lagu. Selesai nyanyian lagu, pengerusi majlis memberikan kata alu-aluan kepada semua hadirin. Pengerusi majlis juga mengambil kesempatan untuk membacakan sedikit biodata penceramah jemputan. Selesai membaca biodata, majlis diserahkan kepada Penceramah Prof. Madya Dr. Mohamed Fadzil Che Din. Penceramah yang memberikan ceramah dengan gaya jenaka sangat menarik minta setiap hadirin yang mendengarnya. Antara isi ceramah yang disampaikan adalah berkaitan imej seorang guru. Imej yang dibahagi kepada imej kerjaya dan imej kendiri. Ceramah selama 1 jam dirasakan begitu cepat kerana hadirin tidak kering gusi mendengar ceramah yang disampaikan oleh penceramah dengan unsur-unsur kecindan. Serentak dengan majlis wacana ilmu juga, terdapat booth yang dibuka di luar dewan. Kemeriahan jualan terasa sejak sebelum majlis wacana ilmu bermula lagi. Diharapkan kemeriahan wacana ilmu dapat diteruskan lagi pada majlis wacana ilmu yang akan datang.







0 comments:

Post a Comment

MEMIMPIN ke arah yang lebih baik
AMANAH dalam menggalas tugas dan tanggungjawab
BERKHIDMAT untuk kepentingan bersama

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons