Thursday, June 10, 2010

Kursus Kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2010/2011

Pada 6 Jun - 8 Jun 2010, satu kursus kepimpinan bagi ahli JPP 2010/2011 telah dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Pendidikan Teknik Kuala Lumpur . Kursus tersebut bertemakan “Kualiti Menjana Kecemerlangan” dijalankan bagi melatih ahli JPP yang telah dilantik agar dapat menjalankan tugas dengan lebih sempurna dan bersemangat. Kursus kepimpinan itu telah berlangsung selama tiga hari dua malam bertempat di Kem Lata Jarum, Raub, Pahang. Kursus ini dijalankan secara santai dan tidak terlalu padat kerana tarikh tersebut merupakan hari bercuti para pelajar.


Kursus yang diisi dengan aktiviti Teambuilding, ceramah hala tuju dan JPP idaman, ceramah gaya penampilan, bengkel penulisan minit mesyuarat dan macam-macam lagi. Seperti kursus biasa, aktiviti riadah, senaman, perhimpunan pagi tidak dilupakan. Kursus kalai ini membariskan panel penceramah seperti Tn. Hj. Saari bin Zakaria, Ustaz Muaaz bin Muhammad, Pn. Sabariah binti Ismail, Pn. Normala Mohd, Pn Jumiah binti Hj. Mustapa dan En Sabil bin Abd Rani.

Majlis penutup Kursus Kepimpinanan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2010/2011 telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik iaitu Cik Puan Hjh Rosnah bagi merasmikan majlis penutup kursus. Berakhirnya majlis penutup tersebut maka berakhirlah juga kursus kepimpinan JPP 2010/2011. Ucap syukur dipanjatkan kepada Ilahi kerana kursus tersebut telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Segala panduan dan ilmu yang diperolehi akan dipraktikkan kembali apabila kembali menjalankan tugas di IPG Kampus Pendidikan Teknik.








0 comments:

Post a Comment

MEMIMPIN ke arah yang lebih baik
AMANAH dalam menggalas tugas dan tanggungjawab
BERKHIDMAT untuk kepentingan bersama

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons