Majlis Istiadat Konvokesyen Kali ke-42 telah berlangsung pada 3 Jun 2010 yang lalu. Majlis yang secara kasarnya dapat mengumpulkan kembali guru-guru pelatih bagi Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR) seramai 150 orang. Istiadat yang bermula pada pukul 8.00 pagi bermula dengan kemasukan waris semua graduan. Majlis diteruskan lagi dengan menunggu ketibaan Dif-dif Kehormat untuk mengambil tempat. Ketibaan Dif-dif kehormat mengiringi bersama cokmar bagi istiadat kali ini. Malis diteruskan dengan nyanyian lagu Patriotik yang didendangkan oleh kumpulan koir IPG Kampus Pendidikan Teknik, di bawah pimpinan Pn. Soon Yean Wah. Majlis diteruskan dengan Penyampaian Sijil Perguruan kepada para graduan. Penyampaian sijil disulami dengan persembahan daripada pasukan Koir IPG Kampus Pendidikan Teknik dan juga Kumpulan Cak Lempong. Majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah kecemerlangan kepada 3 penerima yang berjaya dengan cemerlang dalam bidang masing-masing. Majlis diakhiri dengan perarakan keluar cokmar berserta semua Dif-dif kehormat serta para graduan.
0
comments:
Post a Comment
MEMIMPINke arah yang lebih baik AMANAHdalam menggalas tugas dan tanggungjawab BERKHIDMATuntuk kepentingan bersama
PENGUMUMAN PENTING!!!
MAJLIS KONVOKESYEN PISMP AMBILAN JAN 2007 Sukacita dimaklumkan bahawa IPG KPM akan mengadakan Majlis Konvokesyen bagi para lulusan PISMP Ambilan Januari 2007 mengikut ketetapan seperti berikut. TARIKH : 15 hingga 18 MAC 2011, TEMPAT : PICC, Putrajaya
PERTANDINGAN INOVASI P&P 2011 Salah satu hala tuju Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) ke arah visi “IPG Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru” adalah melalui kecemerlangan penyelidikan,pembangunan dan inovasi dalam bidang pendidikan guru. Prosesnya adalah memperluas pengalaman pelajar dalam pelbagai bidang yang dapat memperkaya pengetahuan dan kemahiran mereka. Justeru, budaya penyelidikan dan inovasi (R&I) ditegaskan oleh IPGMKPT sebagai budaya kerja pendidik guru.
::PERHATIAN BUAT JPP 2011/2012::Sila jelaskan PEMBAYARAN RM 10.00 setiap bulan kepada ceti@along a.k.a BENDAHARI KEHORMAT dan NAIB BENDAHARI KEHORMAT jawatankuasa iaitu SAUDARI ANIS dan SAUDARA HELMY...Pembayaran selewat-lewatnya perlu dilakukan sebelum tamat bulan...Harap Maklum...
::PERHATIAN BUAT JPP 2011/2012::Sila jelaskan PEMBAYARAN RM 10.00 setiap bulan kepada ceti@along a.k.a BENDAHARI KEHORMAT dan NAIB BENDAHARI KEHORMAT jawatankuasa iaitu SAUDARI ANIS dan SAUDARA HELMY...Pembayaran selewat-lewatnya perlu dilakukan sebelum tamat bulan...Harap Maklum...
0 comments:
Post a Comment