Tuesday, June 29, 2010

Minggu Pengurusan Pelajar Baharu Hari Pertama

Pada 28 Jun 2010 telah diadakan serentak Pengambilan dan Pendaftaran pelajar baru di seluruh Institusi-istitusi Perguruan Guru seluruh Malaysia. Ini tidak terkecuali oleh Institut Perguruan Kampus Pendidikan Teknik, Kuala Lumpur. Oleh yang demikian, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dibantu oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2010/2011 telah bertungkus-lumus menyususun dan mengendalikan beberapa taklimat dan aktiviti sepanjang Minggu Pengurusan Pelajar Baru. Minggu Pengurusan Pelajar Baru ini diadakan bermula pada 28 Jun 2010 sehingga 2 Julai 2010 dan kursus yang terlibat Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR) dan Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) ambilan Jun 2010. Terdapat 7 kelas KPLSPM iaitu kelas Matematik 1 & 2, Bahasa Inggeris 1 & 2, Sains, Reka Bentuk & Teknologi (RBT) 1 & 2, manakala bagi KPLI-SR hanya terdapat satu kelas sahaja iaitu di bawah Pengkhususan Pra Sekolah. Pendaftaran bermula tepat pukul 8.00 pagi di foyer Dewan Besar IPKPT. Selepas mendaftar, mereka dikehendaki berjumpa dengan mentor masing-masing di dalam dewan untuk menglengkapkan beberapa borang yang penting sambil membuat bayaran kemasukan dan pendaftaran melalui online. Mereka seterusnya perlu menuntut pakaian sukan mereka di koperasi dan bergerak ke kolej kediaman untuk membuat pendaftaran penempatan. Taklimat waris bersama pengurusan pentadbiran bermula pada pukul 11.30 sehingga 12.30. Taklimat ini dikendalikan oleh Tn Hj Muazz Bin Mohamad selaku ketua Pegawai di Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Selesai taklimat beliau majlis mempersilakan Tuan Timbalan pengarah iaitu Cik Hjh Rosenah untuk memperkatakan sepatah dua kata kepada para waris. Simbolik Penyerahan anak waris kepada pihak pengurusan pentadbiran IPKPT disempurnakan oleh Tn Hj Mohd Ithnin Bin Saliman selaku wakil waris. Taklimat pertama bermula pada pukul 2.00 petang yang dikelolakan oleh Tn Hj Muazz Bin Mohamad berkaitan Taklimat Minggu Pengurusan. Riadah bermula pada pukul 5.15 petang setelah para pelajar selesai solat secara berjemaaah di surau. Riadah ini hanya dijalankan di dalam dewan IPKPT sahaja kerana riadah yang pertama adalah Latihan Nyayian. Ini merupakan salah satu persediaan yang dibuat untuk melaksanakan Majlis Perasmian Minggu Pengurusan Pelajar Baru. Para pelajar dibenarkan makan malam tepat jam 6.15 petang dan dikehendaki menguruskan diri untuk persediaan solat magrib secara berjemaah dan kuliah magrib. Kuliah magrib pula disampaikan oleh Tn Hj Zakaria dengan kuliahnya yang bertajuk Adab Sebagai Belajar. Latihan Dalam Latihan (LDK 1) diadakan pada pukul 9.10 malam sehingga 10.30 malam. LDK ini dikelolakan oleh Pn Jumiah Binti Mustaffa dibantu oleh ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar. Tepat jam 10.30 majlis bersurai.















0 comments:

Post a Comment

MEMIMPIN ke arah yang lebih baik
AMANAH dalam menggalas tugas dan tanggungjawab
BERKHIDMAT untuk kepentingan bersama

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons