Sunday, July 18, 2010

Kem Pengenalan Tarbiyah Islam(KPTI) 2010

Kem Pengenalan Tarbiyah Islam 2010 ini ialah program yang dianjurkan oleh Exco Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Islam 2010/2011 IPG Kampus Pendidikan Teknik dengan kerjasama Kelab Asy Syakirin IPG Kampus Pendidikan Teknik. Program ini telah berlangsung dengan jayanya selama dua hari iaitu pada 16 dan 17 Julai 2010 bertempat di surau Asy Syakirin. Kumpulan sasaran bagi program ini ialah kumpulan pelajar Islam 1PPISMP ambilan Jun 2010.

Kem ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar baharu berkenaan dengan sistem tarbiyah Islam di institut ini. Program ini juga bertujuan untuk melahirkan bakal murabbi yang mempunyai sahsiah dan keperibadian yang tinggi dan berpegang teguh dengan ajaran Islam.

Ahli jawatankuasa kelab Asy Syakirin dan Exco Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Islam bertanggungjawab menjayakan majlis ini. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana dengan rahmatNya dan kerja keras semua pihak program ini dapat berlangsung dengan jayanya dan mencapai objektif yang ditetapkan.

Antara pengisian Kem Pengenalan Tarbiyah Islam (KPTI) 2010 ini ialah slot “Kendiri Unggul;Potret Diri”, Qiamullail, slot “Inilah Sejarah Kita”, “Taharah: Kesucian Dalam Beribadat”, “Solat Benteng Utama”, “Malam 5 Perhentian”, sesi tasmi’ bacaan dan aktiviti riadah. Antara aktiviti riadah yang dilakukan para peserta ialah para peserta seperti permainan “Biskutku”, “Straw & Getah”, “Gambar Apakah Itu?”, dan “Saya Akitek Berjaya”.

Kem Pengenalan Tarbiyah Islam 2010 (KPTI) ini sebenarnya ialah kali yang kedua diadakan di IPG Kampus Pendidikan Teknik. Berdasarkan sambutan baik yang diterima, aktiviti seumpama ini akan terus diadakan dari semasa ke semasa oleh pihak Asy Syakirin. Diharap para peserta memperoleh ilmu-ilmu yang berguna untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

0 comments:

Post a Comment

MEMIMPIN ke arah yang lebih baik
AMANAH dalam menggalas tugas dan tanggungjawab
BERKHIDMAT untuk kepentingan bersama

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons