Thursday, July 1, 2010

Minggu Pengurusan Pelajar Baharu Hari Ketiga

Pada Hari ketiga iaitu pada hari rabu, aktiviti dimulakan oleh Datin Balqis dalam slot LDK; 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Slot ini menerangkan dengan lebih mendalam apakah yang tersirat di sebalik 1 Malaysia dan kaitannya dengan Pembangunan Modal Insan yang ingin dicapai oleh Profession Keguruan. Selepas kudapan, pelajar-pelajar perlu mendengar taklimat berkaitan peperiksaan yang disampaikan oleh Tn Hj Mahidin. Banyak perkara yang perlu diambil perhatian dalam soal pepeiksaan kerana iainya sebagai satu tiket untuk kita meneruskan pengajian di Institusi ini. Taklimat Perjanjian Pendidikan Guru pula di sampaikan oleh Tn HJ Muaaz selaku ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP). Taklimat ini sangat penting kepada semua pelajar baharu kerana ia berkaiatan dengan kemasukan elauan di samping mengikat kontrak dengan Bahagian Pendidikan Guru selain Perjanjian dengan Guru Malaysia. Pada pukul 2.00 petang merupakan LDK yang mana melibatkan persediaan malam kebudayaan. Setiap kelas/kumpulan diberikan dua orang Jawatan Kuasa Perwakilan Pelajar yang bertindak sebagai fasilitator dalam memberikan idea untuk mereka membuat perancangan malam kebudayaan mereka pada malam ini. Riadah pada 5.15 petang adalah kesenimbungan daripada LDK pukul 2.00 petang. Riadah petang ini menekankan kepada latihan untuk melam kebudayaan hasil perbincangan semasa LDK tadi. Malam Kebudayaan bermula pada tepat pada pukul 9.10 malam. Antara VIP yang hadir untuk menyaksikan Malam Kebudayaan pelajar baharu adalah Timbalan Pengarah iaitu Cik Hjh Rosenah dan Tn Hj Muaaz. Pelbagai gelagat dan aksi yang menarik ditunjukkan pada persembahan pada malam ini. tidak kurang hebat juga kerana ada diantara mereka menonjolkan bakat mereka yang terpendam. Tempat pertama dimenangi oleh kelas RBT 2, tempat kedua pula dimenangi oleh kelas KPLI-SR manakala tempat ketiga ialah kelas Sains.

0 comments:

Post a Comment

MEMIMPIN ke arah yang lebih baik
AMANAH dalam menggalas tugas dan tanggungjawab
BERKHIDMAT untuk kepentingan bersama

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons