Friday, July 2, 2010

Minggu Pengurusan Pelajar Baharu Hari Keempat

Pada hari keempat Minggu Pengurusan Pelajar Baharu, seperti apa yang diaturkan sebelum ini, pelajar baharu dikehendaki menghadiri kuliah subuh bagi pelajar Islam dan kelas moral bagi pelajar bukan Islam. LDK dimulakan tepat jam 8.00 pagi bersama Dr Shakilla selaku seorang kaunselor di institusi ini. Beliau mengendalikan Bengkel Budaya IPG. Pelajar baharu dikehendaki membentuk kumpulan yang terdiri daripada semua kelas dan setiap aktiviti dipersembahkan melalui pembentangan di hadapan rakan-rakan lain. Taklimat yang seterusnya adalah daripada penyelaras KPLI dan PPISMP yang disampaikan oleh Miss Tan Kim Lan daripada Jabatan Matematik. Selesai taklimat, pihak pengurusan menjemput tetamu khas daripada Institut Integriti Malaysia iaitu En. Faisol. Beliau menerangkan dengan lebih terperinci bagaimana seorang guru yang harus memiliki integriti yang tinggi dalam diri. Selain daripada ceramah yang disampaikan, beliau juga membuka sesi soal jawab berkaitan dengan integriti bersama pelajar. Taklimat GERKO disampaikan oleh En. Ghazali selama hampir dua jam. Beliau segala aktiviti kokurikulum yang dijalankan di institut, bagaimana seseorang pelatih guru itu menceburi secara aktif dalam sukan sehingga ke peringkat KAGUM dan SIPMA. Selain itu, pelajar baharu dikehendaki untuk menulis dan mengisi maklumat diri untuk pemilihan sukan, persatuan dan permaianan yang disenaraikan. Pada pukul 5.15 petang aktiviti riadah dijalankan seperti biasa. Riadah kali ini bertemakan Explore Race yang mana pelajar secara berkumpulan harus mencari dan menyelesaikan setiap misi di lapan stesen. Setiap stesen berbeza-beza lokasinya dan ini bertujuan memberi pendedahan secara tidak langsung kepada pelajar baharu untuk mengetahui lokasi sekitar Kampus Pendidikan Teknik. Pada malamnya, taklimat di sampaikan oleh Pn. Normala selaku Ketua Warden untuk sesi bersama Kolej Kediaman. Pihak pengurusan juga menjemput kesemua ketua blok kolej kediaman ini sebagai sesi pengenalan dan serba sedikit amanat dan nasihat semasa di kolej kediaman.





0 comments:

Post a Comment

MEMIMPIN ke arah yang lebih baik
AMANAH dalam menggalas tugas dan tanggungjawab
BERKHIDMAT untuk kepentingan bersama

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons