Saturday, July 3, 2010

Minggu Pengurusan Pelajar Baharu Hari Kelima

Hari yang kelima merupakan hari yang terakhir untuk Minggu Pengurusan Pelajar Baharu. Majlis Penutupan dijalankan tepat jam 8.00 pagi setelah pelajar-pelajar selesai sarapan pagi. Majlis ini dihadiri semua ketua jabatan, ketua unit dan mentor selain tetamu VIP iaitu Timbalan Pengarah dan Ketua HEP. Bacaan doa dibaca oleh saudara Wan Mohamad Aiman setelah untuk memberkati lagi majlis penutup pada pagi ini. Setelah selesai, saudari pengacara majlis menjemput saudari Sanggeetha a/p Kanan dari KPLI-SR selaku wakil pelajar dan penghuluwati sempena Minggu Pengurusan Pelajar Baharu. Ikrar pula dipimpini oleh saudara Saiful Amirul Bin Latif dari 1 PPISMP RBT 2 selaku Penghulu Minggu Pengurusan Pelajar Baharu sambil diikuti oleh semua pelajar-pelajar lain. Penyerahan ‘Aku janji’ kepada Cik Hjh Rosenah selaku Timbalan Pengarah adalah sebagai simbolik perjanjian yang telah dibuat ke atas pelajar kepada pihak pengurusan pentadbiran. Ucapan Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah disampaikan oleh Tn. Hj Muaaz manakala ucapan penutupan secara rasminya dilakukan oleh Timbalan Pengarah IPG KPT. Semasa berucap, beliau banyak memberi galakan dan sokongan yang kuat kepada semua pelajar baharu yang telah berjaya mengharungi pelbagai masalah dan rintagan semata-mata ingin memilih kerjaya seorang guru. Sebelum nyayian lagu negaraku dimainkan, pihak Minggu Pengurusan Pelajar Baharu telah memilih kumpulan 1 PPISMP TESL 1 untuk membuat persembahan koir mereka sendiri. Sebenarnya persembahan koir mereka ini telah dipersembahkan semasa Slot Malam Kebudayaan. Maka tidak hairanlah mereka dapat membuat persembahan yang baik semasa Majlis Penutupan ini. Selesai persembahan koir, semua hadirin diminta berdiri untuk menghormati dan menyanyikan lagu Negaraku, Lagu Guru Malaysia dan Lagu IPG Kampus Pendidikan Teknik. Majlis berakhir pada pukul 10.00 pagi. Pelajar dikehendaki untuk Kudapan di kafeteria. Setelah selesai, mereka perlu masuk kembali ke dewan besar untuk sesi bergambar bagi setiap kumpulan. Sementara menunggu giliran untuk bergambar, pihak pengurusan menyediakan sesi soal jawab secara terbuka berkaitan dengan minggu pengurusan dari pelajar itu sendiri. Sesi ini menarik kerana ini merupakan luahan perasan yang lahir dari pelajar itu sendiri terhadap pengurusan yang dijalankan. Oleh yang demikian, pihak pengurusan akan lebih memahami dan berusaha untuk menangkis segala isu dan perkara yang berbangkit di masa hadapan.




0 comments:

Post a Comment

MEMIMPIN ke arah yang lebih baik
AMANAH dalam menggalas tugas dan tanggungjawab
BERKHIDMAT untuk kepentingan bersama

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons