Friday, July 30, 2010

Wacana Ilmu - Kempen Daftar Penderma Sum-sum Malaysia

Pada 29 Julai 2010, satu majlis wacana ilmu yang bertajuk “Kempen Daftar Penderma Sum-sum Malaysia(Malaysian Marrow Donor Registry)” telah diadakan di IPG Kampus Pendidikan Teknik Kuala Lumpur. Majlis wacana ilmu ini dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama JPP 2010/2011 dan guru pelatih 2 PISMP ambilan Januari 2009. Majlis wacana ilmu ini telah berlangsung di dewan besar.

Tujuan kempen ini dilakukan oleh pihak Malaysian Marrow Donor Registry ialah untuk mencari penderma dari kalangan guru pelatih dan pensyarah yang dapat mendermakan sum-sum tulang kepada pesakit yang memerlukan. Dalam sesi penerangan yang disampaikan oleh Puan Salawati Bt Mansor, sukarelawan MMDR, para hadirin diterangkan mengenai kepentingan menjadi penderma sum-sum tulang kerana kebanyakan masalah penyakit yang serius seperti leukemia dan thalasemia dapat disembuhkan hasil pemindahan sum-sum tulang yang berseuaian. Hasil kecanggihan teknologi, pemindahan sum-sum tulang bukan lagi merupakan sesutau yang membahayakan penderma dan pesakit. Kaedah yang digunakan jauh lebih selamat dan efektif.

Dalam majlis wacana ilmu itu juga, pendaftaran untuk penderma sum-sum telah dilakukan. Para guru pelatih dan pensyarah yang ingin menjadi penderma sum-sum perlu menjalani ujian darah dahulu bagi mengenalpasti sama ada sum-sum tulang bersesuaian atau tidak dengan pesakit. Oleh itu, sampel darah mereka akan diambil dan sekiranya didapati bahawa sum-sum tulang mereka sesuai dengan pesakit mereka akan dihubungi oleh pihak MMDR. Doktor terlatih dari MMDR iaitu Dr. Mohd Farid dan Dr. Normalin Bt Abdullah bertanggungjawab mengambil sampel darah tersebut.

Kesimpulannya, majlis wacana ilmu ini bulan sahaja bertujuan untuk mencari penderma sum-sum tulang tetapi juga mengajar guru pelatih mengenai nilai bantu membantu insan yang memerlukan. Hasil kerjasama JPP, guru pelatih, pihak MMDR dan para pensyarah majlis wacana ilmu kali ini berlangsung dengan jayanya.









0 comments:

Post a Comment

MEMIMPIN ke arah yang lebih baik
AMANAH dalam menggalas tugas dan tanggungjawab
BERKHIDMAT untuk kepentingan bersama

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons