Wednesday, August 18, 2010

Majlis “Bakti Disanjung, Budi Dijunjung”

Pada 17 ogos 2010 IPG Kampus Pendidikan Teknik Kuala Lumpur telah mengadakan Majlis Persaraan Pengarah Institut iaitu Puan Hajah Zakiyah Binti Idris. Majlis diraikan dengan penuh meriah bertempat di Dewan Besar IPG kampus Pendidikan Teknik. Majlis bermula pada pukul 2.30 petang dimana perarakan masuk Puan Hajah Zakiyah Binti Idris dan para tetamu jemputan. Selepas tetamu VVIP duduk, pengerusi majlis menjemput Saudara Naqib Bin Harun unutk mengetui bacaan doa. Majlis petang tersebut dipengerusikan oleh Saudara Mohamad Firdaus Bin Abd Rashid bergandingan dengan saudari Ainatul Mardhiah Binti Zamri. Majlis diteruskan dengan ucapan wakil pelajar yang disampaikan oleh saudara Mohd Shazni Bin Dasiman selaku Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 10/11. Seterusnya majlis mempersilakan Puan Timbalan pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik iaitu Cik Hajah Rosenah Binti Mohamed Nor. Beliau banyak memberikan kata-kata semangat kepada Puan Pengarah dan sentiasa sihat bersama keluarga tercinta. Majlis yang ditunggu-tunggu telah tiba iaitu ucapan daripada Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik iaitu Puan Hajah Zakiyah. Sepanjang ucapan beliau, beliau sempat berjenaka dan mengimbau kembali saat suka-duka semasa beliau berkhidmat di Institut. Beliau juga tidak lupa untuk memberikan amanat dan nasihat yang berguna kepada semua warga Institut berkaitan kepentingan menceburi bidang pendidikan ini. Tepat jam 3.20 petang, persembahan multimedia diadakan dengan tajuknya “IPG Dalam Warisan.” Persembahan multimedia ini banyak memaparkan sejarah penubuhan IPG Kampus Pendidikan Teknik dari awal penubuhannya sehingga sekarang. Ia juga banyak menyelitkan infastuktur-infrastuktur yang telah wujud di IPGKPT dan kemudahan-kemudahan lain. Persembahan Video diteruskan dengan memaparkan video berkaitan Lipatan Memori Silam Pengarah. Selepas itu, persembahan deklamasikan sajak dalam bahasa melayu disampaikan oleh saudara Ikhwan Fahmi manakala di dalam bahasa Inggeris di sampaikan oleh saudari Erni. Persembahan Dikir Barat IPGKPT menyusuli dengan lebih meriah. Para tetamu dan hadirin disajikan dengan persembahan yang bertenaga daripada Saudari Anis Salwa Alauddin yang berduet bersama-sama Encik Khir. Penyampaian cenderamata pula disampaikan oleh setiap jabatan, ketua unit dan wakil pelajar setiap kursus. Tepat jam 5.00 petang, Simbolik Perpisahan dilakukan di hadapan dewan besar sebelum pengarah memasuki pejabat pentadbiran untuk membuat punch card yang terakhir. Kemudian pengarah diarak dengan menggunakan kereta Porche yang sudah lama bersedia menunggunya di hadapan dewan besar. Para pelajar membuat barisan sebagai tanda perpisahan sehingga di hadapan pintu masuk IPGKPT. Majlis tamat pada pukul 5.40 petang.













0 comments:

Post a Comment

MEMIMPIN ke arah yang lebih baik
AMANAH dalam menggalas tugas dan tanggungjawab
BERKHIDMAT untuk kepentingan bersama

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons