Tuesday, August 17, 2010

Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2010

Pada 16 ogos 2010 Jabatan Sains Sosial dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) sesi 2010/2011 telah menganjurkan Sambutan Bulan Kemerdekaan. Majlis Sambutan ini bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga 10.00 pagi bertempat di Dewan Besar IPG Kampus Pendidikan Teknik Kuala Lumpur. Majlis telah dipengerusikan oleh Saudara Amirul Shamim dan Saudari Nur Ayuni yang lengkap berpakaian baju kurung melayu bagi menceriakan dan memeriahkan lagi Sambutan Bulan Kemerdekaan ini. Bacaan doa disempunakan oleh Mohd Naqib Bin Harun dan bacaan ikrar diketuai oleh Saudara Saiful Amirul yang turut lengkap berpakaian baju kurung melayu naik ke atas pentas. Kemudian, nyayian 3 buah lagu iaitu Berusaha Berbakti, Institut pendidikan Guru, dan satu Malaysia yang dipimpin oleh kumpulan koir dari pelajar-pelajar kumpulan 1 PPISMP ambilan Jun 2010. Kumpulan koir ini dilatih sepenuhnya oleh Pn Soon Yean Wan selaku pensyarah yang bertanggungjawab dalam persembahan Sambutan Bulan Kemerdekaan ini. Ucapan Perasmian yang disampaikan oleh Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik iaitu Puan Hajah Zakiyah Binti Idris. Beliau banyak memberikan penerangan serba sedikit berkaitan dengan perjuangan dan pengorbanan orang-orang yang terdahulu dalam mencapai kemerdekaan. Beliau juga banyak menyelitkan erti sebenar bersyukur atas kenikmatan dan kedamaian yang kita kecapi pada masa kini. Selepas itu, Tayangan Slaid Kemerdekaan yang memaparkan laluan suka duka pemimpin terdahulu dalam mencapai kemerdekaan seperti Dato’ Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman Al-Haj dan ramai lagi pemimpin lain. Deklamasi sajak kemerdekaan disampaikan oleh saudara Ikhwan Fahmi dengan sajaknya yang bertajuk “Ini Tanah Airku, Tempat Bermula dan Berakhir”. Simbolik Pelancaran Bulan Kemerdekaan disempurnakan dan ditandantangani oleh Pengarah IPG KPTKL yang dibawa diiringi khas oleh Kumpulan pelajar yang lengkap berpakaian TKRS. Selepas itu, majlis diakhiri oleh nyayian lagu oleh kumpulan KPLI-SR Pra Sekolah ambilan Jun 2010. Kumpulan koir ini juga dilatih sepenuh oleh Puan Soon Yaen Wan. Majlis tamat tepat jam 10.00 pagi selepas perarakkan keluar Pengarah, Timbalan dan Ketua-ketua Jabatan dan unit serta pensyarah-pensyarah. Di sepanjang bulan ini, banyak aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan seperti Pertandingan Menulis Esei, Mendeklamasikan Sajak, Persembahan Pentomin, Nyayian lagu-lagu Patriotrik, Sambutan Malam Ambang Kemerdekaan serta Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan.









0 comments:

Post a Comment

MEMIMPIN ke arah yang lebih baik
AMANAH dalam menggalas tugas dan tanggungjawab
BERKHIDMAT untuk kepentingan bersama

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons