Saturday, October 2, 2010

Program Semarak Satu Malaysia

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar di bawah kelolaan Exco Sajian dan Sanitasi dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Pendidikan Teknik telah menganjurkan Program Semarak Satu Malaysia. Program Majlis yang penuh meriah ini di adakan pada hari jumaat, 1 oktober 2010 bermula pada pukul 10.30 pagi sehingga 12.40 tengahari bertempat di Dataran Muafakat IPG KPT, Kuala Lumpur. Majlis dimulakan dengan aksi pencak silat sebagai menjemput ketibaan tetamu kehormat, tetamu jemputan dan pensyarah. Majlis diserikan dengan menjemput Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik, Tuan Haji Roslan Bin Abdul Hamid untuk membuat ucapan berkaitan dengan sambutan Semarak Satu Malaysia. Bacaan doa makan disempurnakan oleh saudara Naqib Bin Harun. Pengacara bagi Sambutan ini dijayakan oleh Saudara Dzulhafidz dan saudara hanif yang petah berkata-kata dalam menghiburkan para hadirin. Pelajar diberi kebenaran untuk menjamu selera dengan melawati khemah-khemah yang disediakan. Untuk pengetahuan semua, sebanyak 6 buah khemah telah didirikan dan setiap khemah mempunyai gerai yang diuruskan oleh jabatan yang bertanggungjawab untuk menyediakan juadah raya. Setiap khemah juga dibantu oleh pelajar dari kumpulan PPISMP semester satu mengikut kelas masing-masing. Persembahan pelajar dimulakan dengan tarian dari kaum India. Oleh yang demikian para pensyarah, pelajar dan staf sokongan disajikan dengan persembahan semasa menjamu selera. Persembahan nyayian pula disampaikan oleh saudari Anis Salwa Binti Alauddin diikiuti persembahan tarian dari kaum Cina dari kumpulan KPLI Pra Sekolah. Persembahan diteruskan dengan persembahan kumpulan dikir barat IPG KPT yang mana mewakili kaum Melayu. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran tetamu jemputan yang dihormati iaitu Pengarah dari IPG Ilmu Khas dan mantan pengarah IPG KPT sendiri iaitu Puan Hajah Zakiyah Binti Idris. Permintaan dari pelajar yang inginkan Encik Abdul Hamid Tan membuat persembahan dari wakil pensyarah menggamitkan lagi suasana. Persembahan yang terakhir dari pelajar adalah tarian medley yang disempurnakan dengan jayanya daripada kumpulan PPISMP semester satu yang begitu mengasyikkan dan menarik perhatian hadirin yang hadir. Tarian ini dilatih oleh saudara Safikin Bin Sabran. Kemudian, majlis diteruskan dengan Anugerah pakaian paling menarik bagi pelajar, pensyarah dan staf sokongan. Bagi kategori pelajar, pakaian yang paling menarik adalah Hannis syafiq bin Omar dari 4 PISMP RBT3 dan Sim Yie May dari 3 PPISMP PBM. Kategori pensyarah dimenangi oleh Encik Munizar Bin Hj Mohamad iaitu Ketua Jabatan Khidmat Pengurusan dan Puan Ch’ng Bee Ee dari Jabatan Bahasa manakala bagi kategori staf sokongan pula ialah Encik Ahmad Hasdinizam Bin Derani dari Jabatan Hal ehwak Pelajar dan Puan Mashura Binti Mansor dari Unit Peperiksaan, Penilaian Dan Pensijilan. Sambutan ini juga diserikan dengan sambutan hari lahir pelajar yang mana mereka menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan oktober. Lebih manis lagi, selain daripada pelajar, Timbalan Pengarah kita iaitu Cik Hajah Rosenah Binti Mohamed Noor turut menyambut bulan kelahiran yang sama. Upacara memotong kek dijalankan dengan begitu meriah sekali. Di kesempatan sambutan ini juga, Tuan pengarah tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama melawati khemah-khemah dan beramah mesra dengan para pelajar. Ini penting untuk mewujudkan hubungan yang baik antara pengarah dan pelajar-pelajar seterusnya seluruh warga IPG KPT. Majlis bersurai setelah aktiviti gotong-royong mengemaskan kawasan khemah dilaksanakan oleh para pelajar.

0 comments:

Post a Comment

MEMIMPIN ke arah yang lebih baik
AMANAH dalam menggalas tugas dan tanggungjawab
BERKHIDMAT untuk kepentingan bersama

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons