Friday, July 30, 2010

Wacana Ilmu - Kempen Daftar Penderma Sum-sum Malaysia

Pada 29 Julai 2010, satu majlis wacana ilmu yang bertajuk “Kempen Daftar Penderma Sum-sum Malaysia(Malaysian Marrow Donor Registry)” telah diadakan di IPG Kampus Pendidikan Teknik Kuala Lumpur. Majlis wacana ilmu ini dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama JPP 2010/2011 dan guru pelatih 2 PISMP ambilan Januari 2009. Majlis wacana ilmu ini telah berlangsung di dewan besar.

Tujuan kempen ini dilakukan oleh pihak Malaysian Marrow Donor Registry ialah untuk mencari penderma dari kalangan guru pelatih dan pensyarah yang dapat mendermakan sum-sum tulang kepada pesakit yang memerlukan. Dalam sesi penerangan yang disampaikan oleh Puan Salawati Bt Mansor, sukarelawan MMDR, para hadirin diterangkan mengenai kepentingan menjadi penderma sum-sum tulang kerana kebanyakan masalah penyakit yang serius seperti leukemia dan thalasemia dapat disembuhkan hasil pemindahan sum-sum tulang yang berseuaian. Hasil kecanggihan teknologi, pemindahan sum-sum tulang bukan lagi merupakan sesutau yang membahayakan penderma dan pesakit. Kaedah yang digunakan jauh lebih selamat dan efektif.

Dalam majlis wacana ilmu itu juga, pendaftaran untuk penderma sum-sum telah dilakukan. Para guru pelatih dan pensyarah yang ingin menjadi penderma sum-sum perlu menjalani ujian darah dahulu bagi mengenalpasti sama ada sum-sum tulang bersesuaian atau tidak dengan pesakit. Oleh itu, sampel darah mereka akan diambil dan sekiranya didapati bahawa sum-sum tulang mereka sesuai dengan pesakit mereka akan dihubungi oleh pihak MMDR. Doktor terlatih dari MMDR iaitu Dr. Mohd Farid dan Dr. Normalin Bt Abdullah bertanggungjawab mengambil sampel darah tersebut.

Kesimpulannya, majlis wacana ilmu ini bulan sahaja bertujuan untuk mencari penderma sum-sum tulang tetapi juga mengajar guru pelatih mengenai nilai bantu membantu insan yang memerlukan. Hasil kerjasama JPP, guru pelatih, pihak MMDR dan para pensyarah majlis wacana ilmu kali ini berlangsung dengan jayanya.









Majlis Perpisahan En. Sabil

Satu majlis perpisahan khas untuk yang dirai En. Sabil Bin Abdoll Rani telah diadaka pada 28 Julai 2010 bertempat di Cafe Pusat Belia Antarabangsa. Majlis yang serba ringkas bertujuan memberi penghargaan terakhir kepada pemimpin Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang bakal berpindah ke Kampus Induk berkuatkuasa pada 2 Ogos 2010. Sewaktu menjadi pemimpin, beliau sangat komited terhadap JPP dan juga tugasan yang diberi. Beliau juga sangat peramah dan jarang sekali menggunakan pendekatan kasar terhadap semua ahli JPP. Pemergian beliau memberikn satu impak besar terhadap JPP IPG KPT sendiri. Majlis dihadiri juga Timbalan Pengarah IPG KPT Cik Hjh Rosenah bte Mohd Noor, Ketua Jabatan HEP Tn. Hj. Muazz Bin Muhammad, pensyarah-pensyarah pembimbing JPP, staf-staf HEP, dan ahli JPP. Dalam ucapan terakhir beliau, pesanan beliau terhadap ahli JPP supaya terus komited terhadap tugas yang telah diamanahkan. Jangan diatas pemergian beliau, JPP hilang semangat untuk terus berjuang. Akhir kata dari kami, semoga beliau dapat bertugas dengan baik di tempat baru dan jangan lupakan kami di sini.



Sunday, July 18, 2010

Kem Pengenalan Tarbiyah Islam(KPTI) 2010

Kem Pengenalan Tarbiyah Islam 2010 ini ialah program yang dianjurkan oleh Exco Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Islam 2010/2011 IPG Kampus Pendidikan Teknik dengan kerjasama Kelab Asy Syakirin IPG Kampus Pendidikan Teknik. Program ini telah berlangsung dengan jayanya selama dua hari iaitu pada 16 dan 17 Julai 2010 bertempat di surau Asy Syakirin. Kumpulan sasaran bagi program ini ialah kumpulan pelajar Islam 1PPISMP ambilan Jun 2010.

Kem ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar baharu berkenaan dengan sistem tarbiyah Islam di institut ini. Program ini juga bertujuan untuk melahirkan bakal murabbi yang mempunyai sahsiah dan keperibadian yang tinggi dan berpegang teguh dengan ajaran Islam.

Ahli jawatankuasa kelab Asy Syakirin dan Exco Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Islam bertanggungjawab menjayakan majlis ini. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana dengan rahmatNya dan kerja keras semua pihak program ini dapat berlangsung dengan jayanya dan mencapai objektif yang ditetapkan.

Antara pengisian Kem Pengenalan Tarbiyah Islam (KPTI) 2010 ini ialah slot “Kendiri Unggul;Potret Diri”, Qiamullail, slot “Inilah Sejarah Kita”, “Taharah: Kesucian Dalam Beribadat”, “Solat Benteng Utama”, “Malam 5 Perhentian”, sesi tasmi’ bacaan dan aktiviti riadah. Antara aktiviti riadah yang dilakukan para peserta ialah para peserta seperti permainan “Biskutku”, “Straw & Getah”, “Gambar Apakah Itu?”, dan “Saya Akitek Berjaya”.

Kem Pengenalan Tarbiyah Islam 2010 (KPTI) ini sebenarnya ialah kali yang kedua diadakan di IPG Kampus Pendidikan Teknik. Berdasarkan sambutan baik yang diterima, aktiviti seumpama ini akan terus diadakan dari semasa ke semasa oleh pihak Asy Syakirin. Diharap para peserta memperoleh ilmu-ilmu yang berguna untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

MEMIMPIN ke arah yang lebih baik
AMANAH dalam menggalas tugas dan tanggungjawab
BERKHIDMAT untuk kepentingan bersama

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons